click.. click.. click..

Friday, 13 October 2023

RESEPI IKAN CENCARU/IKAN JACKET SUMBAT KELAPA. TAK PEDAS

Assalamualaikum, masak minggu2 lepas, baru nak tulis resepi. Betul ke tak ingat entah lah labu. Kita cuba kita cuba. Sebab sedap masa makannya🤣. Adeh lupa tulis terus. Sebab tak ada ikut resepi, main campak2 je haritu.

 Tengok lah, gambar pun lepas dah bagi anak makan sikit hahaha. 

Bahan2 :
Ikan
Daun pandan untuk ikat
Daun kunyit 1 pc
Daun limau purut 2 pc
Serai 1 pc
Kelapa parut agak2
Bawang putih 2pc
Bawang merah 1pc
Cili boh sedikit
Tepung gandum & air sebagai paste pelekat. 

Suami saya cakap sedap kalau perap dulu ikan yang dah sumbat. 

Cara2 :
1) Tumis semua bahan kecuali kelapa parut sampai wangi. 
2) Blendkan bahan tumis tadi. Haha ye, saya blend semua termasuk serai2, daun kunyit, limau purut. Jangan kecam.
3) Masukkan balik bahan blend ke dalam kuali, Perasakan dengan garam & gula.
4) Masukkan kelapa parut & kacau sekata.
5) Kelar bahagian belakang badan ikan. Sumbat masuk tumisan kelapa parut kita tadi. Saya sumbat je kt perut ikan sekali. 
6) Ikat dengan daun pandan.
7) Saya perap 3jam dalam peti ais. 
8) Sebelum goreng, saya tepek kan adunan tepung gandum dekat kelapa parut sebagai agen gam. Supaya masa goreng kelapa parut tak terburai keluar.
9) Goreng dengan api sederhana, minyak tak perlu banyak sampai tutup ikan. Minyak mahal kena jimat2. 

RESEPI CORNFLAKE ( NESTLE ) MADU SEDAP

Assalamualaikum, al kisahnya puasa haritu borong berkotak2 cornflake konon nak buat biskut lepastu tiba2 jadi malas nak masak semua cornflake . Lama peram sampai nak expired lg 2 bulan🤣. Tok laki dah berbunyi makanan nak expired, jangan lupa masak, sayang.

Godek2 Fb terjumpa resepi dari insan AZZ FARIZA. Tengok gambar nampak menarik, sebab tak pakai gula perang. Masa raya ada buat juga cornflake madu, tapi pakai resepi lain, tak berapa kenan di tekak sebab guna gula perang, gula perang kita tak sedap agaknya.

So kita cuba lah resepi kak azz fariza ni. Sedapppppppppppp. Memang a keeper betul resepi ni. Kita terus buat 2 kotak, nak habiskan madu kat rumah. Aj suruh tulis dekat blog sebab dia kata tulis kat buku, hilang nanti. Okay boss! Siap

Bahan2 nya :
600gram cornflake nestle (lambat lemau sbb tebal)
Butter 250gram
4sdb gula putih
2sdb susu pekat (bagi kilat lekat cantik)
Madu 210gram

Cara2 nya :
Panaskan oven terlebih dahulu 170°c, api atas bawah, kipas on oven. 

1) 300gram cornflake diramas hancur sedang2 sahaja. Baki 300gram biar seperti asal. 
2) Api kecik, cairkan butter kemudian masukkan gula putih,biarkan larut. 
3) Masukkan madu, akhir sekali susu pekat. 
4) Kacau2 sampai mendidih dalam kuali. 
5) Masukkan cornflake yang hancur kacau bagi rata. Api tetap kecik jangan tutup.
6) Last sekali, masukkan cornflake yang tak diramas, kacau kacau sampai rata.
Ingat! Jangan tutup api sampai cornflake rata sekata.
7) Bakar dalam oven 10minit. 

So beginilah resepi beliau, mudah sangat pada saya. 

Tapi adunan last tu saya derhaka poie habiskan susu pekat sebab sayang ada sikit je lg dalam tin. Dalam 1sudu kecik. Termanis sikit pulak. Kalau tak sempurna je rasa dia. Tak manis sangat. Jadi ingatlah, dilarang derhaka resepi ini. 🤣 Walaupun beberapa ounz.

Terima kasih empunya resepi, semoga setiap kali saya buat resepi ini, mengalir pahalanya buat awak. Wajib tiap tahun buat lepas ni sebab sedap tak ajak gurau ye. ❤️

Friday, 22 September 2023

SERUNDING AYAM GARING

Assalamualaikum. Beberapa hari ini asyik termimpi lauk ni. Walaupun pernah makan sekali sahaja seumur hidup tp teringat tiba2. TAPI DIA BUKAN RASA SERUNDING BELI, SEBAB TAK ADA REMPAH2. 

Lauk ni saya pernah makan zaman sekolah dahulu di rumah makcik. Kebetulan datang dia tengah nak masak, kita mengacau lah. Siap tumpang makan. Hikss. Rumah makcik tak jauh pun, belakang rumah nenek. Hari2 datang mengacau tinjau lauk apa ada. Tak cukup makan rumah nenek, poie cari rezeki rumah lain pulak. Haha. 

Tapi memang sedap lauk ni, makan begitu sahaja atau apa2 kuah sayur fishball. 

Kebetulan semalam ada goreng ayam tak habis & dalam peti ada ayam kefci jugak. Jemu pulak nak makan ayam goreng lagi. Improvise sikit. Saya rasa kalau ayam fresh atau dari lauk lain yang berlebihan pun boleh kot buat begini. Tapi selalunya saya buat lauk recycle lejen nenek. Yang tak berapa mahir lagi. Kot dah jumpa resepi tepat padat lauk lejen kicap pedas tu, akan ku abadikan disini sebab saya banyak derhaka resepi. Tak tulis confirm tak ingat. 

Bahan2 :
Ayam (ditumbuk halus)
Bawang merah & Garam (ditumbuk halus)

Cara2 :
1) Panaskan minyak dalam kuali dengan api kecil/sederhana, minyak agak2 banyaknya tapi tak banyak macam deep fried. Cukup sekadar boleh garing kan ayam. Ala macam goreng bilis. 

2) Setelah ayam berwarna keperangan & tampak garing, tapiskan. Ketepikan. 

3) Goreng pula bawang dengan menggunakan minyak yang sama. Api kecil, goreng sehingga wangi & agak garing. Bukan hangit ye. 

4) Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan bersama bawang, kemudian tapis minyak. Biarkan seketika sehingga minyak selesai ditapis.

Sedia untuk dimakan dengan nasi putih panas2. Sedap garing kriuk kriuk dengan aroma manis bawang buat pengemar makanan garing. 

Wednesday, 23 August 2023

MASAK LEMAK TENGGIRI DENGAN PEGAGA

Sekian lama tak menulis. We skip to the resepi for own reference 🤣. 

Tenggiri dalam peti, muak duk buat gulai dan sambal je. Search fb ternampak orang masak dengan pegaga, auto teringat nenek pernah masak begini jua. Jadi sebelum lupa kita abadikan kenangan. 

Bahan-bahan:
Ikan tenggiri 
Serai (titik)
Santan
Garam
Asam keping
Pegaga

Bahan blend :
Kunyit hidup
Cili api

Cara-cara:

1) Masukkan santan & bahan blend, asam keping, serai gelegak kan sementara, api kecil, sentiasa kacau agar santan tak pecah minyak.

2) masukkan ikan, garam & pegaga. Siap. 

Dalam gambar saya ada masukkan timun jua. Pun paduuu. 

Lah senang tak sempat nak kedip mata sambil masak. 

Wednesday, 23 December 2020

RESEPI LAKSA SARDIN DALAM TIN

 Assalamualaikum. Ada hari kita jemu makan nasi ye ke tidak ? Ada hari jemu terus nak makan tapi kena jugak makan walau sedikit. Asbab covid-19 ni salah satunya makin rajin masak dan mencuba resepi baharu walaupun selalunya saya derhaka dengan resepi2 online ni. Sebab nak sesuaikan dengan tekak sendiri.

Tertengok di instagram @raffieyusoff dia masak laksa sardin tin ni. mudah betul.tak payah rebus2 ikan. Kita sebagai manusia yang kerja memang suka benda yang mudah ni. Ala2 super laksa rasa dia. Kita suka makan dekat kedai tu sampailah dia tiba2 tutup hilang dan ghaib. kedai sedap je mesti tutup. benci.

( laksa yang saya guna, sedap sebab dia halus2 ) 

Bahan-bahan yang diperlukan

Sardin tin, asingkan 1-2 ketul isi sardin dan blend yang lain. ( ambil bahagian isi sahaja, kuah tak nak )
5 biji bawang merah kecil ( blend )
2 biji bawang putih ( blend )
2-3 keping nenas ( blend )
2 sudu besar cili boh
2 keping asam keping
Air secukupnya
1 batang/kuntum Bunga kantan
1 genggam Daun kesum
Garam
Gula
Kiub ayam sebagai serbuk perasa

Laksa ( dicelur/rebus )
Daun salad
Timun
Hirisan bawang merah
Hirisan cili api
Telur rebus
Limau nipis
Hirisan nenas


1) Blendkan isi ikan sardin, nenas, bawang merah bawang putih dan sedikit air sehingga hancur.

saya asingkan 2 ketul isi ikan sardin sebab nak bagi ada rasa ketul2 ikan nanti.

2) Tanpa minyak, Masukkan bahan-bahan yang telah diblend ke dalam periuk, letak air dalam blender dan masukkan ke dalam periuk. Rugi kalau terus cuci blender. Masukkan air agak2 ye sebanyak mana kita nak.

3) Masukkan asam keping dan cili boh. Masak sehingga agak-agak cili masak. Lama sikit pun tak apa.

4) Masukkan daun kesum, bunga kantan dan isi ikan sardin yang diasingkan tadi. Saya leraikan sikit-sikit je isi ikan tu.

5) Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan kiub ayam. boleh rasa apa nak ditambah.

6) Rebus laksa atau celur dengan air panas seketika.

orang kata tips laksa sedap kena masak lebih lama, tapi kita masak sekejap je, perut dah lapar wak. tak rela kita. Sedap jugak alhamdulillah.


RESEPI IKAN MASAK CUKA ( LAUK KAMPUNG KEGEMARAN SAYA )

 Assalamualikum, Pernah tak ada hari tu otak betul-betul kosong, taktahu nak masak apa. Selalunya diakhiri dengan makan luar dekat kedai je ataupun di tahun 2020 ni kita ber foodpanda terus. Saya lah tu selalu begitu, tapi kalau ada bahan2 yang boleh masak lauk ni, pasti masak terus sebab sedap makan lagi-lagi waktu macam selera ada tak ada je.


Bahan-bahan yang diperlukan:

2 keping isi Ikan tenggiri 
2 biji Bawang merah kecik ( racik halus )
2 biji Bawang merah kecik jangan potong bia seketul je
1 biji Bawang putih ( racik halus )
1 batang Serai ( racik halus )
1-2 biji Cili padi belah tengah
1 sudu kecil Biji sawi
1-2 biji Lada besar belah tengah
Tomato potong empat
2 sudu besar Cuka makanan
Air sedikit
Garam
Gula

1) Lumurkan garam dan serbuk kunyit dekat isi ikan tenggiri dan goreng.

2) Kurangkan minyak goreng ikan tadi, tinggal minyak cukup sekadar nak tumis bawang sahaja.

3) Tumis bawang merah seketul, bawang-bawang racik, serai, cili padi dan biji sawi sehingga wangi.

4) Masukkan cuka makanan dan air sedikit. Perasakan dengan garam dan gula.

5) Akhir sekali masukkan tomato, lada besar dan ikan yang telah digoreng awal-awal tadi. Biarkan seketika dan siap untuk dihidang.

Macam biasa, lauk kampung makan dengan nasi panas2 lah. Jarang tak tambah nasi kalau lauk simple macam ni. Selamat mencuba!!!



AGAR-AGAR MILO TERBAIK DI TEKAK SAYA

 Assalamualaikum, cuaca panas-panas, tak hujan. Tekak kering, asyik2 minum air. Sekali sekala dapat makan manis2 sedap juga ye?

Saya tak berapa kuat manis dalam makanan, jadi resepi agar-agar milo ni memang ikut selera saya sahaja. Maaf jika tak sedap di tekak anda.

Bahan-bahan yang diperlukan :

2 packet serbuk agar-agar
1 liter air + setengah cawan
3 biji gula batu ( tak ada pun tak apa )
1 sudu kecil garam
setengah cawan gula pasir
2 cawan milo
1/3 cawan susu pekat
1 liter air panas
1 tin susu cair

1) Ambik periuk yang sesuai, masukkan air, gula batu, gula pasir, garam dan serbuk agar-agar. Nyalakan api kecik/sederhana.
2) Dekat bekas lain, masukkan milo, air panas, susu pekat dan susu cair. Kacau sampai sebati.
3) Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

Waktu ni boleh rasa, nak tambah apa lagi. gula ke garam nak bagi rasa lemak ke. Sementara cair, boleh di ubah suai ikut selera kita. Dah keras nanti redho je lah ye.

4) Tuang adunan ke dalam loyang dan biar seketika sampai agak2 suam sebelum kita masukkan loyang ke dalam peti sejuk.

Saya selalu letak loyang dekat dulang yang berisi air untuk bagi dia cepat sikit proses sejuk. Selalu tengok nenek buat di kampung begitu.

Selamat mencuba!!!