Hi Assalamualaikum!
1 1/2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula melaka
1/4 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 cawan labu direbus dan dilenyekkan
3 cawan tepung pulut ( 3 gajah ) boleh tambah tepung jika perlu
Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini, saya teringin sangat nak makan KUIH KOCI LABU. Selalu makan neksu saya masakkan tapi almaklumlah saya sorang2 di selatan, keluarga semua di seberang selatan. Maka kita masak lah sendiri, siapa suruh teringin dan tak rasa nak beli bazaar ye dak?
Sebelum kita teruskan, saya nak bagitahu sesuatu, jujur saya rasa kuih ini agak leceh kalau buat seorang diri, bagusnya kalau ada yang membantu.
Bahan-bahan ( boleh dapat dalam 40 ke 50 biji )
Untuk Inti Kelapa
1 1/2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula melaka
1/4 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2-3 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
1 sudu besar tepung gandum
Saya prefer guna kuali non-stick.
1) Pastikan api tak terlalu besar. Masukkan gula melaka, gula pasir & air, kacau sehingga gula cair.
2) Masukkan pula daun pandan dan biar seketika.
3) Perlahankan api dan masukkan kelapa parut, kacau sehingga kelapa jadi kering dan melekat/melekit. Masukkan air sedikit jika perlu dan keringkan semula.
4) Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
5) Masak sehingga kering dan biarkan sejuk.
6) Setelah inti sejuk, bulatkan inti sebesar guli. Ketepikan
Untuk Doh
2 cawan labu direbus dan dilenyekkan
3 cawan tepung pulut ( 3 gajah ) boleh tambah tepung jika perlu
Secubit garam
1) Rebus labu dengan sedikit garam sehingga empuk ( cucuk labu dengan garfu nak tahu dah masak atau belum ).
2) Tos dan lenyekkan labu sehingga lumat serta masukkan sedikit garam.
3) Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangan.
4) Bulatkan doh sebesar duit 50sen, leperkan doh dan letak inti kelapa di tengah kemudian katup doh, kemaskan dan bulatkan semula.
5) Ketepikan.
Untuk Santan
2 kotak santan jenama kara
1 1/2 cawan air ukur guna kotak santan tadi
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil garam
1) Masak kesemua bahan di atas dengan api yang perlahan. Kacau sehingga sebati.
2) Kacau sesekali sehingga timbul buih2 kecil di permukaan santan atau mendidih sedikit.
3) Tutup api dan biarkan sejuk.
4) Masukkan doh yang telah berinti kedalam santan.
5) Ketepikan.
Untuk Bungkusan
Daun pisang
Minyak masak
1) Lap bersih daun pisang terlebih dahulu dengan kain lembap.
2) Layurkan daun pisang di atas api. Hati2 sewaktu melakukan kerja ini, panas.
3) Potong daun pisang dalam bentuk petak anggaran size 8 inch x 8 inch.
4) Sapukan sedikit minyak di permukaan daun pisang yang bakal diletakkan Kuih Koci.
5) Letakkan doh yang bersantan serta 1 sudu kecil santan di tengah2 daun pisang yang bersalut minyak tadi.
6) Kepitkan bahagian hujung daun pisang dari kiri daun ke kanan kemudian pusingkan ke bawah. Kemaskan.
7 ) Ulang proses yang sama untuk bahagian yang sebelah lagi.
Cara Kukus
1) Biarkan air sehingga mendidih terlebih dahulu.
2) Susun Kuih Koci dalam pengukus.
3) Ikat kain pada penutup pengukus untuk mengelakkan air kena kuih.
4) Kukus dalam 30min atau sehingga masak.
5) Setelah masak, angkat, sejukkan dan boleh dimakan.
KALAU DAUN PISANG TAK CUKUP JANGAN PENING2, TUKAR JE JADI KUIH BADAK BERENDAM.
1) Rebus doh berinti kelapa sehingga masak, toskan dan masukkan ke dalam santan.
2) Sedia untuk dimakan.