Friday, 6 December 2019

RESEPI MASAK LEMAK LABU DENGAN KACANG PANJANG

Hi, Assalamualaikum. Siapa je tak kenal lauk lemak labu kan? Kebiasaan kalau kat nogori waktu kenduri tahlil memang akan ada lauk masak lemak labu nie. Kenapa? Ntah la, senang nak masak kot. 

Lauk nie sedap kalau kawankan dia dengan lauk sambal tumis, tak kira lah sambal tumis telur ke, sambal tumis ikan goreng ke. ehhh memang menambah2 lah ceritanya.

So kalau tekak dah bosan makan fancy2, mari lah kita kembali ke zaman kecik kita, makan lauk clean begini. Kadang2 rindu kan nak makan begini di kampung.

Resepi seperti di bawah, senang je buatnya inshaAllah.

Bahan-bahannya :

Labu dipotong petak kecik
Kacang panjang
1 tangkai daun kunyit ( hiris halus )
1 atau setengah biji bawang besar ( hiris )
2 ulas bawang putih ( hiris )
1-2 tangkai cili api ( belah tengah )
1 batang serai ( ketuk )
1 atau setengah kotak santan
1 atau 1/2 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit lada hitam
Sedikit ikan bilis ( dalam 0 ekor )

TIPS : MASUKKAN SANTAN, GARAM & SERBUK KUNYIT AKHIR SEKALI SELEPAS AIR MENDIDIH SUPAYA DAPAT ELAK LAUK BASI ATAU LAMBAT BASI.

Cara-cara nya :

1) Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, KECUALI SANTAN, GARAM & SERBUK KUNYIT.

2) Tunggu sehingga labu lembut empuk dan air mendidih. Baru masukkan santan sehingga kepekatan yang disukai.

3) Masakkan sebentar dan perasakan dengan garam dan serbuk kunyit.

4) Siap untuk dihidang.

Senang kan? tak ada step sangat pun. Sebab sekali harung masak. syiok betul!


INGAT! KAWAN DIA SAMBAL TUMIS.