Tuesday, 13 November 2018

RESEPI PUDING ROTI & SOS KASTARD PALING MUDAH

Hi assalamualaikum! Harinie saya ada kesempatan sikit nak share resepi Puding Roti dengan Sos Kastard yang superbbb marvelous. Cincai boncai je dah siap. Walahhh!

Mari kita terjah cara2 nak buat puding roti nie dulu. Lepastu kita pergi pada Sos Kastard ye?

Bahan-bahan untuk Puding Roti :

1 bungkus kecik roti ( 13 keping roti )
1 kotak kecil kismis
3 cawan full cream milk *
4 sudu besar gula pasir *
2 sudu besar mentega *
2 biji telur *
1 sudu teh esen vanilla *

Cara-cara buat Puding Roti :

1) Tuang semua bahan yang bertanda * ke dalam besen. Tuang je kesemua bahan tersebut.

2) Kacau kesemua bahan tadi dengan menggunakan whisk. Kalau mentega tu berketul2 jangan cuak taw. Itu normal, nanti bila kita bakar cairlah beliau.

3) Koyakkan roti dan masukkan ke dalam besen yang ada bahan2 * tadi. Koyakkan roti tu tak perlu nak perfect sangat. Suruh anak2 tolong koyakkan pun boleh. Anak manusia taw bukan anak bulusss. Kalau anak bulus kang hmmm hilang roti tu diorang buat main.

4) Tukar roti dari besen ke loyang dan biarkan roti tu terendam sekejap bagi dia bermesra2 dengan bahan2 * tadi. Bila roti dah serap semua cecair2 * tu. Boleh lah kita bakar dia.

5) Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 190c selama 30 minit. Kemudian bakar Puding Roti selama 45 minit dengan menggunakan api atas bawah.

6) LAGI 10 MINIT ROTI NAK MASAK BOLEH TABURKAN KISMIS DI ATAS ROTI. Saya tak suka tabur dari awal sebab nanti kismis jadi hangus pahit.


Dan dah siap sesi membakar Puding Roti kita. Mudah kan?? Resepi Sos Kastard lepas nie lagi mudah sap sap sui je.

Sos Kastard nie boleh buat awal2 dah letak dalam peti sejuk. Fuhhh nikmat dia masa makan. Mertua lalu belakang pun tak sedar sampai berdehem2 mertua tanya makan apa tu! Pastu dia pun join sekaki! Eh! Hahah

Bahan-bahan Sos Kastard :

1 tin susu cair
3/4 cawan air ( 180ml )
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara buat Sos Kastard :

1) Tuang kesemua bahan kedalam periuk. Guna api paling kecik dan slow.

2) Kacau sentiasa agar Sos tak hangus. Kacau sampai pekat.

Dah siap! Dah boleh dimakan dengan Puding Roti yang kita masak tadi.

Ada orang suka makan panas2, ada orang suka makan sejuk2. Saya golongan suka makan sejuk2.

Disaat cuaca panas hening, kita membuka peti sejuk dan keluarkan Puding Roti bersama Sos Kastard. Lalu kita memakannya. Fulamak lalu kat tekak dingin2 macam makan aiskrim lah!!

Saturday, 10 November 2018

RESEPI BOLU KARAMEL ANTI GAGAL / KEK GULA HANGUS / KEK SARANG SEMUT

Okay kita kongsi pasal kek gula hangus/kek sarang semut atau AJ panggil bolu karamel anti gagal (nie gara2 dia jumpa tajuk kek nie yang orang Indonesia buat) hahaha maka sejak dari itu kami berdua panggil bolu karamel anti gagal.

Tapi resepi nie dari macam2 sumber dan hakikat sebenar2 nya kek nie yang paling susah nak buat pada saya lah. 1st buat jadi. Kali dua hingga kelima buat semuanya tak jadi rasa down sungguh sampai nangis ditepian oven. Begitu overnya kesedihan saya. Hahahah. Kalau korang semua buat asyik jadi korang memang hebat! Drop tips di comment please. I tabik spring dengan u guys!

Jadi untuk percubaan kali terakhir before nak merajuk selama-lamanya kalau dia tetap tak jadi jugak. Kita olah resepi sendiri. Ikut kesesuaian anak tekak AJ. Sebab dia je yang suka makan, saya kurenggg. Kita suka tengok dia makan je onomnom heee.

Sepanjang buat nie dalam hati tak henti2 berdoa 'Ya Allah, tolong lah sempurnakan kejadian kek nie. Dah buat secermat dan sesopan yang mungkin dah nie'. Bila dah bunyi oven, alamak tanda dah masak tu, fuhhh dia punya rasa seram sejuk lain macam sebab nak tahu jadi ke tidak. Bila belah kek dan nampak sarang2 dia Alhamdulillah Ya Allah gembira tak terkata. Rasa nak lompat2 girang. Senyum sampai ke telinga sebab berjaya jugak selepas beberapa kali percubaan ku gagal. Eh jap peluh masuk mata lah pulak.

Okay dah cukup ber drama jom tengok apa bahan2 dia dan caranya. Moh kita! 

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum * diayak
4 biji telur gred A
125 gram pure butter (brand Anchor)
1/2 cawan susu pekat ( suhu bilik )
2 sudu teh soda bicarbonate * diayak
1 sudu teh esen vanilla

Untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air PANAS

Nota : Pastikan kesemua bahan pada suhu bilik, bukan baru keluar dari peti sejuk atau dalam keadaan panas.

Okay kita pergi step by step lah ye?

1) Buat gula hangus dulu. Ketepikan dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kalau masih samar-samar step nak buat gula hangus boleh rujuk SINI.

2) Cairkan butter terlebih dahulu dan ketepikan untuk sejuk pada suhu bilik jugak. 

3) Kemudian dalam bekas yang lain. Masukkan telur serta whisk telur secara perlahan2 cukup sekadar untuk pecahkan kuning telur.
Jangan whisk macam lepas geram pada jiran tetangga 'ish anak si Leman nie kan malam2 asyik memekak aje prengg prenggg motornya, nie kalau aku dapat aku putar2 kepala budak tu' Jangan ea jangan. Sabar cik senah oi sabar. 

4) Masukkan pula susu pekat + esen vanilla, kacau secara perlahan sehingga sebati. 

5) Masukkan butter yang dah disejukkan sebentar tadi. Kacau secara perlahan sehingga sebati adunan tersebut.

6) Ayakkan dahulu tepung gandum dan soda bicarbonate didalam bekas yang berasingan. Kemudian masukkan tepung sedkit demi sedikit sambil kacau perlahan dan sehingga adunan sebati.

7) Masukkan gula hangus yang dah ditapis ke dalam adunan dan kacau perlahan sehingga sebati dan tak berketul-ketul.

8) Rehatkan adunan dalam bekas tertutup selama 2-5 jam. Orang kata lebih lama lebih banyak sarangnya. Sejauh mana kesahihan fakta tu belum dapat dipastikan lagi. Saya selalu rehatkan dalam 3 jam begitu ( sebab terleka buat kerja lain ) heheh.

9) Lapik loyang dengan baking paper dan letakkan sedikit butter di atas baking paper tersebut ( untuk mengelakkan kek melekat pada baking paper ). 

10) Panaskan oven terlebih dahulu & bakar guna api atas bawah selama 45 minit pada suhu 160c-170c. Kalau rasa kek masih belum masak boleh tambahkan masa lagi.

* cucuk kek dengan pencungkil gigi ( bukan pencungkil gigi yang telah digunakan ye ) untuk check dah masak atau belum, kalau tiada kesan kek melekat, maka dah siap masak lah kek anda! YEAYYYY!!!

11} Keluar kan kek dari oven dan biarkan sejuk di atas redai. Setelah sejuk boleh lah dipotong. 

*Anda lebih mengenali oven anda, suhu bagaimana semua. Yang saya tuliskan adalah berdasarkan oven sendiri.

*Cara potong, boleh potong tengah dahulu untuk tengok keadaan sarang menegak dan potong melintang pulak diantara sarang2 yang tegak2 ttu

Sedikit pengalaman : Saya pernah nak buat kek ini tetapi tiada oven dengan suhu api atas bawah. Oven tu besar dalam 2 layer - 3 layer loyang boleh letak. Maka saya letak loyang pada layer bawah sekali dan masak menggunakan api atas pada suhu 170c selama 20 minit. Seterusnya saya letak loyang pada layer tengah dan masak selama 25min. Alhamdulillah masih menjadi dan boleh dimakan.

GAMBAR AKAN DIUPLOAD BILA SY FREE ( GAMBAR DALAM HARD DISK )

Thursday, 8 November 2018

RESEPI AGAR-AGAR TELUR TANPA SANTAN @ LENGKONG TELUR GULA MERAH

Dah beberapa hari AJ duk sebut2 pasal Kek Bolu Karamel Anti Gagal kegemaran dia atau lebih dikenali sebagai Kek Gula Hangus/Sarang Semut. Tapi disebabkan kita terlebih rajin, maka terhasil lah 3 jenis kuih yang berbeza pada cuti Deepavali 06/11/2018 yang lepas. Hehehe. So nie lah antara yang terhasil pada hari tersebut. ( maaf ye gambar step by step tak ada )

1) Agar-Agar Telur Gula Merah Tanpa Santan.
2) Puding Roti.
3) Kek Gula Hangus.

Sekarang kita kongsi resepi agar-agar telur dahulu ye? Resepi nie tanpa menggunakan santan. 

Resepi AGAR-AGAR TELUR TANPA SANTAN nie original dari nendaku Sharifah Binti Sharif, ramai2 doakan kesihatan dia ye! Amin3 Ya Rabbal'alamin. Thank you.

Okay moh le kita start mentelaah apa bahan2 dan cara nak buat agar-agar nie. Selamat membaca sayang2 sekalian. ❤❤

BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK AGAR-AGAR
( Sumber gambar Google )

3 packet ( 30gram ) agar2 jernih brand swallow 
kalau pakai agar2 tali pakai 1 bungkus je cukup
6 biji telur
2 tin susu cair
8 cawan air 
beberapa ketul gula batu ( 3-5 ketul )
5 tutup esen vanila
2 helai daun pandan ( disimpul )
garam ( secubit )

Untuk Gula Hangus
1 cawan gula pasir 
1 cawan gula merah
1 ketul gula melaka ( dihiris kecik2 terlebih dahulu )
1 1/2 cawan air panas

CARA PENYEDIAAN

1) Buat dahulu gula hangus dengan menggunakan api yang kecil dan kuali leper ( saya prefer guna kuali leper dan non-stick ). Ratakan gula pada kuali dan tunggu cair, kalau nampak ada bahagian tak cair tu boleh kacau sikit2.
Bila dia dah bertukar color perang2 coklat dan cair sepenuhnya okay dah tu. Jangan sampai terlebih hangus, nanti dia pahit. Boleh refer SINI kalau nak tahu step2 buat Gula Hangus. 

TIPS: SILA GUNAKAN AIR PANAS SUPAYA NANTI TAK MELETUP2 SEMASA CURAH AIR KE DALAM GULA HANGUS YANG DAH CAIR. 

2) Bila gula dah cair boleh lah masukkan air panas secara perlahan2 dari tepi kuali DAN JANGAN KACAU! Kalau tidak nanti gula tu berketul2. Bila gula dah betul2 cair boleh masukkan gula melaka + gula merah pula. Kacau sehingga cair, dan biarkan di tepi seketika. 

3) Rebus agar-agar dengan 8 cawan air sehingga larut didalam periuk.

4) Masukkan gula batu + daun pandan dan juga secubit garam. Kacau sehingga gula batu cair.

5) Tapis gula hangus yang kita dah buat awal2 tadi, dan masukkan ke dalam periuk berisi agar-agar. Kacau sampai diorang semua berkawan dalam periuk tu.

6) Dalam bekas yang lain, pukul telur sehingga kembang dan masukkan susu cair serta esen vanilla.

7) Bukak api sederhana besar, kacau dahulu agar-agar tersebut, agak2 dah jadi macam pusaran air, masukkan telur yang dah dipukul tadi. Kacau lagi campuran agar- agar dan telur.

Jangan terlalu kerap kacau dan jangan pula tak kacau langsung, tak kacau nanti jd sup telur pulak agar-agar tu. Part ni paling penting sebab dia mencerminkan keadaan telur dalam agar-agar anda nanti.
Rumit ke pening sikit ayat nie? Hahaha harap faham ye? Maaf semoga berjaya.

8) Bia dia mengelegak berbuih naik sampai ke atas baru lah dikacau lagi dan lagi. Jangan sampai tertumpah ye agar-agar tu. Agak2 dah nampak telur tu berketul2 halus. Haaaa cantik lah tu. Jadi tu inshaAllah.

9) Sediakan loyang petak, ukuran tak ada, pakai apa yang ada dirumah je lah ye. 
Tak porlu ekau mombazir poie boli loyang semato2 nak buek bondo nie. usah dibazirkan duet tu. Okay ke bahaso nogori kita? almaklumlah kita kureng sikit bahasa nogori nie, kalau yang pekat2 punya bahasa lagi lah kelaut hindi, termenung lah den nak fahamkan nanti lebih2 lagi dah duduk selatan agak lama. 

10) Tuangkan agar-agar yang dah dimasak sebentar tadi ke dalam loyang. Dan keluarkan daun pandan. Haruslah keluarkan daun pandan, kita nak wangi pandan tu je bukan nak telan dia sekali. Pengsan la nakkk oi kalau nak dikunyah pandan tu jugak. 

11) Bawah loyang agar-agar tu kita letak loyang yang lebih besar dan letak air (teknik waterbath).
Lahhh dah kenapa banyak2 loyang nie! sabo jap jangan disoal lagi, nie untuk mempercepatkan proses agar-agar keras dan sejuk. Kang lambat keras korang jugak terliur menanya bila lah boleh di makan nie. aishemenn.

Teknik waterbath. Loyang berisi air di bawah loyang agar-agar.

12) Selang 2 minit sekali boleh kacau agar-agar supaya telur tu serata sementara nak keras. Kalau dah keras jangan kacau lagi taw. Nangis kita wak kalau awak kacau jugak agar-agar yang dah keras tu. 

13) Tunggu sehingga betul2 keras dan boleh dipotong mengikut pattern yang korang suka. nak bentuk dadu ke, diamond ke. Yang pasti cantik tak agar-agar tu? Ada macam marble?

Beginilah kejadian dia selepas siap. 

Kita suka tengok corak dia macam marble. Cantik kan? 

SELAMAT MENJAMU SELERA! Resepi nie Alhamdulillah setakat nie tak terlalu manis, tak terlalu tawar. Omputih kato nice-nice je. AJ yang cerewet makanan tu pun approve kuih nie. YEAYYYYY!!!!!!

Nota : dari resepi tersebut saya boleh dapat jamu kira2 15-20 orang. Nie cuma anggaran kasar. Sangat sesuai kalau nak buat waktu kenduri kendara. 



CARA BUAT GULA HANGUS


Posting kali nie khas untuk sesiapa yang baru nak belajar buat Gula Hangus.

Gedik ea siap nak tulis cara buat Gula Hangus? Bia lahhh, Mana tahu ada yang tertanya2 macam mana nak buat ke. Hehehe japp, ada ke yang tengok nanti nie? Belasah je lah, yang pasti AJ salah sorang yang akan baca, okay lah even dia sorang je yang baca. (lap peluh di mata)

Okay let's start.

Bahan-bahan nya adalah yang tak pernah tak ada didapur anda :
1 cawan gula pasir
1 cawan air PANAS

Kuali leper non-stick & senduk kayu sangat sesuai kalau nak buat Gula Hangus nie.

Cara-caranya :

1) Ratakan gula di serata kuali dan gunakan api yang paling kecik serta slow, memang process nie dipanggil slow and steady. Sebab kalau api besar kang terpahit pulak gulanya. Maka bersabarlah anda ye. Sabar separuh dari iman kankan. Hehe

2) Kalau ada bahagian2 gula yang tak cair lagi boleh la kacau sikit2 dengan senduk kayu.

3) Apabila gula dah cair dan dah bertukar warna dari putih clear ke perang2 coklat boleh lah kita masukkan air PANAS pulak secara perlahan2 dari tepi kuali. Dari tepi taw bukan nya terus simbah ke tengah2 kawasan gula cair tu. Meletup2 gula tu karang kena tangan dah berbekas melecur. Aduh sambil taip boleh terbayang peritnya. Sherammmmmm!

Kenapa air PANAS? Sebab taknak berlakunya bom atom kalau curah air sejuk ke atas gula yang cair tadi. Serious don't play2 okay potensi melecur sangat tinggi di saat ini. Please be careful. tapi bukan lah sampai ke tahap kena pakai helmet, glove, baju perisai semua. Bukan bukan jangan salah tafsir.

4) Selepas dah masukkan air PANAS, tak perlu kacau. Demi mengelakkan gula jadi berketul2 jadi tak perlu kacau ye. Pastikan api sentiasa dalam keadaan slow and steady. Dan teruskan menunggu sambil sediakan bahan memasak yang lain. Masa itu Emas, sila gunakan sebaiknya.

5) Tunggu sehingga gula hangus dah betul2 larut dalam air. Boleh tapis dan sedia digunakan untuk proses memasak apa2 yang memerlukan khidmat Gula Hangus.

Sekian, Terima kasih sebab sudi baca pasal nak buat Gula Hangus nie.