Thursday, 8 November 2018

RESEPI AGAR-AGAR TELUR TANPA SANTAN @ LENGKONG TELUR GULA MERAH

Dah beberapa hari AJ duk sebut2 pasal Kek Bolu Karamel Anti Gagal kegemaran dia atau lebih dikenali sebagai Kek Gula Hangus/Sarang Semut. Tapi disebabkan kita terlebih rajin, maka terhasil lah 3 jenis kuih yang berbeza pada cuti Deepavali 06/11/2018 yang lepas. Hehehe. So nie lah antara yang terhasil pada hari tersebut. ( maaf ye gambar step by step tak ada )

1) Agar-Agar Telur Gula Merah Tanpa Santan.
2) Puding Roti.
3) Kek Gula Hangus.

Sekarang kita kongsi resepi agar-agar telur dahulu ye? Resepi nie tanpa menggunakan santan. 

Resepi AGAR-AGAR TELUR TANPA SANTAN nie original dari nendaku Sharifah Binti Sharif, ramai2 doakan kesihatan dia ye! Amin3 Ya Rabbal'alamin. Thank you.

Okay moh le kita start mentelaah apa bahan2 dan cara nak buat agar-agar nie. Selamat membaca sayang2 sekalian. ❤❤

BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK AGAR-AGAR
( Sumber gambar Google )

3 packet ( 30gram ) agar2 jernih brand swallow 
kalau pakai agar2 tali pakai 1 bungkus je cukup
6 biji telur
2 tin susu cair
8 cawan air 
beberapa ketul gula batu ( 3-5 ketul )
5 tutup esen vanila
2 helai daun pandan ( disimpul )
garam ( secubit )

Untuk Gula Hangus
1 cawan gula pasir 
1 cawan gula merah
1 ketul gula melaka ( dihiris kecik2 terlebih dahulu )
1 1/2 cawan air panas

CARA PENYEDIAAN

1) Buat dahulu gula hangus dengan menggunakan api yang kecil dan kuali leper ( saya prefer guna kuali leper dan non-stick ). Ratakan gula pada kuali dan tunggu cair, kalau nampak ada bahagian tak cair tu boleh kacau sikit2.
Bila dia dah bertukar color perang2 coklat dan cair sepenuhnya okay dah tu. Jangan sampai terlebih hangus, nanti dia pahit. Boleh refer SINI kalau nak tahu step2 buat Gula Hangus. 

TIPS: SILA GUNAKAN AIR PANAS SUPAYA NANTI TAK MELETUP2 SEMASA CURAH AIR KE DALAM GULA HANGUS YANG DAH CAIR. 

2) Bila gula dah cair boleh lah masukkan air panas secara perlahan2 dari tepi kuali DAN JANGAN KACAU! Kalau tidak nanti gula tu berketul2. Bila gula dah betul2 cair boleh masukkan gula melaka + gula merah pula. Kacau sehingga cair, dan biarkan di tepi seketika. 

3) Rebus agar-agar dengan 8 cawan air sehingga larut didalam periuk.

4) Masukkan gula batu + daun pandan dan juga secubit garam. Kacau sehingga gula batu cair.

5) Tapis gula hangus yang kita dah buat awal2 tadi, dan masukkan ke dalam periuk berisi agar-agar. Kacau sampai diorang semua berkawan dalam periuk tu.

6) Dalam bekas yang lain, pukul telur sehingga kembang dan masukkan susu cair serta esen vanilla.

7) Bukak api sederhana besar, kacau dahulu agar-agar tersebut, agak2 dah jadi macam pusaran air, masukkan telur yang dah dipukul tadi. Kacau lagi campuran agar- agar dan telur.

Jangan terlalu kerap kacau dan jangan pula tak kacau langsung, tak kacau nanti jd sup telur pulak agar-agar tu. Part ni paling penting sebab dia mencerminkan keadaan telur dalam agar-agar anda nanti.
Rumit ke pening sikit ayat nie? Hahaha harap faham ye? Maaf semoga berjaya.

8) Bia dia mengelegak berbuih naik sampai ke atas baru lah dikacau lagi dan lagi. Jangan sampai tertumpah ye agar-agar tu. Agak2 dah nampak telur tu berketul2 halus. Haaaa cantik lah tu. Jadi tu inshaAllah.

9) Sediakan loyang petak, ukuran tak ada, pakai apa yang ada dirumah je lah ye. 
Tak porlu ekau mombazir poie boli loyang semato2 nak buek bondo nie. usah dibazirkan duet tu. Okay ke bahaso nogori kita? almaklumlah kita kureng sikit bahasa nogori nie, kalau yang pekat2 punya bahasa lagi lah kelaut hindi, termenung lah den nak fahamkan nanti lebih2 lagi dah duduk selatan agak lama. 

10) Tuangkan agar-agar yang dah dimasak sebentar tadi ke dalam loyang. Dan keluarkan daun pandan. Haruslah keluarkan daun pandan, kita nak wangi pandan tu je bukan nak telan dia sekali. Pengsan la nakkk oi kalau nak dikunyah pandan tu jugak. 

11) Bawah loyang agar-agar tu kita letak loyang yang lebih besar dan letak air (teknik waterbath).
Lahhh dah kenapa banyak2 loyang nie! sabo jap jangan disoal lagi, nie untuk mempercepatkan proses agar-agar keras dan sejuk. Kang lambat keras korang jugak terliur menanya bila lah boleh di makan nie. aishemenn.

Teknik waterbath. Loyang berisi air di bawah loyang agar-agar.

12) Selang 2 minit sekali boleh kacau agar-agar supaya telur tu serata sementara nak keras. Kalau dah keras jangan kacau lagi taw. Nangis kita wak kalau awak kacau jugak agar-agar yang dah keras tu. 

13) Tunggu sehingga betul2 keras dan boleh dipotong mengikut pattern yang korang suka. nak bentuk dadu ke, diamond ke. Yang pasti cantik tak agar-agar tu? Ada macam marble?

Beginilah kejadian dia selepas siap. 

Kita suka tengok corak dia macam marble. Cantik kan? 

SELAMAT MENJAMU SELERA! Resepi nie Alhamdulillah setakat nie tak terlalu manis, tak terlalu tawar. Omputih kato nice-nice je. AJ yang cerewet makanan tu pun approve kuih nie. YEAYYYYY!!!!!!

Nota : dari resepi tersebut saya boleh dapat jamu kira2 15-20 orang. Nie cuma anggaran kasar. Sangat sesuai kalau nak buat waktu kenduri kendara. 



No comments:

Post a Comment