Wednesday, 17 July 2019

RESEPI SERAWA DURIAN / BUBUR DURIAN / PENGAT DURIAN

Hi assalamualaikum! Good Morning everybody! Hari nie sesudah subuh start masak pulut & serawa durian/bubur durian.

Tadi dah story mory pasal cara nak masak pulut gereti berjaya. kalau sesiap nak tengok resepi pulut tekan sini ye.

Dah story pasal pulut, kita story pasal serawa durian nie pulak. Alamak terlalu mudah nak buat resepi nie sebenarnya, budak dulu2 cakap KACANG JE NIE. So kita tengok lah dulu senang ke idok.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji Durian
Sedikit garam
200 ml santan ( 1 kotak )
200ml air ( sukatan 1 kotak santan )
Daun pandan yang disimpul
Sagu yang telah direbus terlebih dahulu ( ikut suka ) pastikan sagu jernih sepenuhnya baru lah sagu dikira sebagai masak
Gula merah ( diracik halus ) * Buat air gula
1 @ 2 sudu besar gula pasir * Buat air gula
Sedikit air * Buat air gula
Daun pandan yang disimpul * Buat air gula
1 sudu besar tepung gandum + sedikit air ( untuk pekatkan kuah )

Cara-cara membuat air gula :

1) Masukkan kesemua yang bertanda * Buat air gula ke dalam kuali dan masak sehingga gula merah cair sepenuhnya.

2) Pastikan api kecik/sederhana sahaja, takut hangus pula nanti jadi pahit.

3) Setelah gula cair sepenuhnya, tapis dan ketepikan.

Cara-cara membuat serawa durian:

1) Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Durian, santan, air, garam, daun pandan & air gula.

2) Biarkan mengelegak seketika, Dan masukkan campuran tepung gandum bersama sedikit air untuk memekatkan kuah serawa.

3) Akhir sekali boleh masukkan sagu yag telah direbus sehingga masak terlebih dahulu.

4) Rasa dan jika semuanya okay boleh dihidang sewaktu sejuk mahupun panas.

Mudah kan? Dalam 20min je kot settle buat serawa durian. Ada masa terluang boleh menjala roti untuk buat roti jala pula, pada yang rajin lah.

SELAMAT MENJAMU SELERA!


No comments:

Post a Comment