click.. click.. click..

Friday, 19 July 2019

UPSIDE DOWN PINEAPPLE CAKE

Hi Assalamualaikum! Ha ambik kau, waktu rajin, banyak resepi terhasil dalam masa seminggu nie.

Kejadian nak buat UPSIDE DOWN PINEAPPLE CAKE nie macam biasalah asyik teringin je padahal tak pernah makan! Over eh tekak nie, Biasa dia tu amboii.

So nak dijadikan cerita hari raya kan mestilah pergi beraya, Saya pergi beraya ke Kota Tinggi, Johor. Rumah kak fatimah, maknya si anak panda eh silap sorry maknya si fayyadh rizqi. Heheh. Laluan nak ke rumah kak fatimah nie memang akan ada 1 rumah jual nenas MD2. Manis lit2 dan murah lah. Tapi saya and AJ bagaikan kena sumpahan, kalau saja2 datang nak cari nenas memang kedai tu tak bukak, kalau datang kota nak jumpa si kak fatimah eh bukak pulak kedainya. Sabar je aku, bila nak habis ntah sumpahan nie. Hahaha

Nie contact number kedai tu kalau ada yang berminat. 
NOI 013-7973131 
ROSLEE 019-7953369 ( benih MD2 & tempahan nenas morris & N36)

Lokasi: Rumah dan ada khemah di kawasan bukit. Tepi jalan sebelum sampai Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor. 
Agak tersorok kalau bawak laju macam kereta F1 memang tak kan nampak lah. Yang akan nampak hanya jalan ke liang lahad je.

So kembali kepada gediknya diri nie nak kek nenas terbalik sebab selalu tengok mat saleh makan, macam sedap je. Macam biasa kalau resepi pastry & cake mat saleh nie memang aku cuba ANNA OLSEN punya je. Dia memang paling pakar bab pastry and bakeri. Tapi kali nie aku ada tiru sikit2 je. Pastu olah sendiri. Kalau nak tengok cara dia buat nie dekat sini 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Untuk bahagian bawah:

1/4 cawan butter, suhu bilik
1/2 cawan gula perang
2 sudu besar jus lemon
5-7 keping nenas ( dipotong bulat seperti ring, buang bahagian tengah )
kalau jumpa nenas ring dalam tin pun boleh guna, saya tak jumpa, tu pakai nenas biji je
5-7 biji ceri merah, letak di bahagian tengah lubang nenas. dan hias dimana2 tempat yang ada kosong.

Cara-cara untuk membuat bahagian bawah kek:

1) Cairkan butter dan gula perang di dalam kuali dengan menggunakan api yang kecik sehingga berbuih.

2) Masukkan jus lemon, kacau dan jauhkan kuali dari api.

3) Tuang adunan ke dalam loyang dan susun nenas yang telah dipotong bulat secara sebelah menyebelah dan susun juga buah ceri di dalam lubang nenas serta dimana2 ruang kosong, ikut suka anda..

PANASKAN OVEN PADA SUHU 160ºc-175ºc. ANDA LEBIH MENGENALI OVEN ANDA.

Untuk adunan kek:

1 1/2 cawan tepung serbaguna
2 sudu besar butter cair *whisk
1/2 susu segar *whisk
1 sudu kecil esen vanilla *whisk
3 biji telur gred B *whisk
1/2 cawan minyak masak *whisk
1/2 sudu kecil garam *ayak
3/4 cawan gula castor *ayak
1 sudu teh baking powder  *ayak
1/4 sudu teh baking soda *ayak
1 cawan nenas dipotong dadu
2 sudu besar jus nenas

Cara-cara membuat adunan kek:


1) Masukkan bahan basah yang bertanda *whisk dan kacau sehingga sebati.

2) Dalam bekas yang lain, ayak bahan kering yang bertanda *ayak

3) Masukkan bahan kering (2) ke dalam campuran bahan basah (1) dan gaul sehingga sekata.

4) Masukkan nenas yang telah dipotong dadu serta sedikit air nenas dalam 2  sudu besar. Kacau sehingga semua bahan sebati.

5) Dengan menggunakan senduk, senduk adunan kek dan letakkan secara perlahan-lahan didalam loyang yang telah berisi nenas dan gula hangus sebentar tadi. Guna senduk supaya nenas tak bergerak ketika masukkan adunan kek.

6) Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar dalam 30min-40min. 

7) Untuk memastikan kek telah masak atau tidak, cucuk di tengah2 kek dengan mengunakan pencungkil gigi yang bersih. Kalau lepas ditarik keluar pencungkil gigi dan tiada kek melekat pada pencungkil gigi maknanya kek kita telah masak sepenuhnya.

8) Biarkan kek untuk sejuk didalam oven selama 15min atau 30min.

9) Keluarkan kek dari oven dan longgarkan bahagian tepi kek dengan lalukan pisau untuk elakkan kek melekat sewaktu hendak terbaliknya kek.

10) Ambil pinggan dan letakkan di atas loyang. Masa untuk terbalikkan kek!

11) Ketuk2 sedikit bahagian bawah loyang jika kek anda tak mahu keluar.

12) Sedia untuk dihidang, saya suka makan bersama aiskrim vanilla. Memang umppphhhh

SELAMAT MENCUBA!

p/s: resepi paling susah untuk di explain padahal nak buat senang je pun! Terbalik otak nak fikir cara nak cakap. Maaf lah ye kalau pening. Sila rujuk video ANNA OLSEN nie. Memang ohsemmmm kek nie taw!



No comments:

Post a Comment