Hi, Assalamualaikum. Pertama sekali mohon semua luangkan masa sedekahan Al-Fatihah buat Puan Noraliza Binti Said yang telah meninggal dunia petang semalam setelah bertarung dengan sel kanser.
Al-Fatihah.
Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan, yang telah pergi, tugas dia di dunia telah pun selesai, tinggal kita untuk mengikuti jejak langkah mereka kelak.
Kita terus skip ke bahan2 lah ye.
Bahan-bahan untuk kuah:
1 tin kacang foul brand Kimball (contoh
disini)
1 tin kacang merah
Daging kisar @ Daging burger yang diramas ( sukatan ikut suka, tapi banyak lah sedap )
12 biji bawang merah
* kisar halus
5 ulas bawang putih
* kisar halus
1 inch halia
* kisar halus
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh lada hitam
* tumbuk halus
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
1 liter air
Bahan-bahan untuk hiasan:
Bawang besar, dipotong dadu
Tomato, dipotong dadu
Limau nipis, dibelah dua
Cili hijau/merah, dipotong ( bagi yang suka )
Telur mata kerbau digoreng dengan minyak sapi
Cara-cara membuat kacang pool:
1) Tapiskan kacang foul dan kacang merah, buang air kacang tersebut dan cuci kacang dengan lalukan air sahaja.
2) Lenyekkan kacang foul dan kacang merah tapi jangan sampai lumat, cukup sekadar pecah2kan sahaja kacangnya.
3) Didalam bekas lain, masukkan rempah kari, kurma, serbuk ketumbar dan sedikit air, kacau sehingga menjadi seperti pes.
4) Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi tunggu sehingga minyak sapi cair. Tumis bahan2 kisar sehingga naik bau wangi.
5) Masukkan pes rempah dan kacau sehingga naik minyak/pecah minyak. Pastikan api kecil dan kacau sentiasa.
6) Bila dah pecah minyak, boleh masukkan daging cincang dan kacau rata. Masak dalam 5minit, Boleh masukkan sedikit air jika perlu. ( Untuk cepatkan proses daging masak )
7) Tuang air ke dalam periuk, Biarkan mendidih
8) Masukkan kacang foul dan kacang merah, kacau rata dan biarkan mendidih.
9) Perasakan dengan garam, gula, lada hitam, lada sulah, serbuk perasa secukup rasa pada anda. Biarkan seketika sehingga mendidih.
10) Jika suka kuah cair tambah kan sedikit lagi air. Jika suka kuah pekat, keringkan sedikit lagi. Jika semuanya dah okay boleh matikan api.
Cara menghidang:
1) Hiaskan dengan bawang, tomato, dan telur goreng.
2) Perah limau nipis.
3) Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti putih atau dengan roti puri,
disini ada resepi roti puri.
Selamat menjamu selera!