Assalamualaikum, kita baru nak start menulis nie, salah silap bahasa mohon ampun mohon maaf ye. π
So harinie kebetulan mood tak berapa nak baik sebab kita dah siap lawa2 cantik2 sekali tak jadi keluarπππππ, semua orang mesti geram kan bila jadi macam tu. Makanya bila stress ubatnya makanan lah kan? Ke saya sorang je begitu.
Resepi Cucur Nasi Manis nie dari Nenda kita yang jauh di kampung di utara nun, cucunya duduk di selatan. Ramai2 kita doakan supaya Nenda saya serta ahli keluarga saya diberikan kesihatan yang baik2 sahaja boleh? Amin! Terima kasih sayang2 ku semoga doa2 anda berbalik balik pada tuannya!
( Ampunkan gambar yang tak seberapa, tak ingat pun nak post. Hat nie ja ada tu pun sebab nak tunjuk kat kawan.)
πCUCUR NASI MANISπ
Bahan-bahannya:
2 cawan nasi sejuk*
2 cawan air*
Sedikit garam*
1/2 cawan gula pasir*
2 cawan tepung gandum
Cara-caranya:
1. Kisarkan (blend) kesemua bahan yang bertanda (*) sehingga anda berpuas hati. Kalau rasa terlalu pekat boleh tambah air ye.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas yang telah pun berisi tepung gandum dan gaulkan dengan sebati.
3. Panaskan kuali dan juga minyak. Saya guna teknik GORENG TENGGELAM (minyak banyak maknanya hahahah)
4. Boleh rehatkan dulu adunan selama 1-2jam atau terus goreng kalau lapar sangat macam saya tadi.
5. Goreng sampai warna cucur kekuningan dan angkat.
6. Sedia untuk dimakan tapi hati2 sebab cucur tu panas baru keluar kuali dik. Melecur lidah nanti akak tak tanggung yeπ
Nota: Masa nak masukkan dalam kuali tu saya guna tangan je, Cuma pastikan tangan anda basah sedikit supaya adunan tak melekat.

Selamat mencuba dan menjamu selera. Kalau sedap boleh panjangkan ke orang lain, kalau tak sedap pulak bagitahu saya lah. Saya akan perbaiki tapi setakat nie terbaik je ditekak saya heheh