Hari nie hari menulis je lah kot sementara ingat.
Resepi nie sedapnya kalau makan dengan cara bia nasi sebati dengan sup dulu enak dan nikmat yang tak terkata. Kawan kan pula dengan sambal tumis garing ikan bilis dan kacang tanah. Makan menambah lah jawabnya.
Lauk ini selalu budak2 kecil minat, sebab tak pedas.
Bahan-bahan nya:
2 biji kentang dikupas kulit dan dipotong 8
1 biji lobak merah dipotong bulat halus
6 biji telur
sedikit su un & fucuk ( rendam seketika )
1 1/2 cawan air
Sedikit serbuk perasa
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Sedikit minyak
Bahan-bahan untuk diracik
4 biji bawang merah kecik
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili besar dipotong serong
1 inch halia dipotong halus
Bahan-bahan untuk tumbuk
1 biji cili api dibuang biji
Sedikit ikan bilis dalam 7-8 ekor
Cara-cara memasak :
1) Panaskan minyak didalam periuk, kemudian masukkan Bahan yang telah diracik dan ditumbuk. Masak sehingga naik bau wangi.
2) Masukkan air sedikit sahaja dahulu, kalau rasa kurang boleh tambah kemudian. Masukkan kentang, tunggu sehingga kentang empuk.
3) Masukkan lobak merah, su un, fucuk, garam, lada hitam, lada sulah dan serbuk perasa.
4) Perlahankan api, masukkan telur 1 demi 1 secara perlahan2 dan dekat dengan permukaan air supaya kuning telur tak pecah.
5) Tunggu dalam 2 min kemudian besarkan api, biarkan seketika dan kacau perlahan2.
Boleh rasa dan tambah apa yang rasa perlu ditambah.
SEDIA UNTUK DIHIDANG!