click.. click.. click..

Friday, 6 December 2019

RESEPI MASAK LEMAK LABU DENGAN KACANG PANJANG

Hi, Assalamualaikum. Siapa je tak kenal lauk lemak labu kan? Kebiasaan kalau kat nogori waktu kenduri tahlil memang akan ada lauk masak lemak labu nie. Kenapa? Ntah la, senang nak masak kot. 

Lauk nie sedap kalau kawankan dia dengan lauk sambal tumis, tak kira lah sambal tumis telur ke, sambal tumis ikan goreng ke. ehhh memang menambah2 lah ceritanya.

So kalau tekak dah bosan makan fancy2, mari lah kita kembali ke zaman kecik kita, makan lauk clean begini. Kadang2 rindu kan nak makan begini di kampung.

Resepi seperti di bawah, senang je buatnya inshaAllah.

Bahan-bahannya :

Labu dipotong petak kecik
Kacang panjang
1 tangkai daun kunyit ( hiris halus )
1 atau setengah biji bawang besar ( hiris )
2 ulas bawang putih ( hiris )
1-2 tangkai cili api ( belah tengah )
1 batang serai ( ketuk )
1 atau setengah kotak santan
1 atau 1/2 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit lada hitam
Sedikit ikan bilis ( dalam 0 ekor )

TIPS : MASUKKAN SANTAN, GARAM & SERBUK KUNYIT AKHIR SEKALI SELEPAS AIR MENDIDIH SUPAYA DAPAT ELAK LAUK BASI ATAU LAMBAT BASI.

Cara-cara nya :

1) Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, KECUALI SANTAN, GARAM & SERBUK KUNYIT.

2) Tunggu sehingga labu lembut empuk dan air mendidih. Baru masukkan santan sehingga kepekatan yang disukai.

3) Masakkan sebentar dan perasakan dengan garam dan serbuk kunyit.

4) Siap untuk dihidang.

Senang kan? tak ada step sangat pun. Sebab sekali harung masak. syiok betul!


INGAT! KAWAN DIA SAMBAL TUMIS.

Tuesday, 1 October 2019

RESEPI SUP TELUR DAN KENTANG BERSAMA SU UN DAN FUCUK

Hari nie hari menulis je lah kot sementara ingat.

Resepi nie sedapnya kalau makan dengan cara bia nasi sebati dengan sup dulu enak dan nikmat yang tak terkata. Kawan kan pula dengan sambal tumis garing ikan bilis dan kacang tanah. Makan menambah lah jawabnya.

Lauk ini selalu budak2 kecil minat, sebab tak pedas.

Bahan-bahan nya:

2 biji kentang dikupas kulit dan dipotong 8
1 biji lobak merah dipotong bulat halus
6 biji telur
sedikit su un & fucuk ( rendam seketika )
1 1/2 cawan air
Sedikit serbuk perasa
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Sedikit minyak

Bahan-bahan untuk diracik
4 biji bawang merah kecik
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili besar dipotong serong
1 inch halia dipotong halus

Bahan-bahan untuk tumbuk
1 biji cili api dibuang biji
Sedikit ikan bilis dalam 7-8 ekor

Cara-cara memasak :

1) Panaskan minyak didalam periuk, kemudian masukkan Bahan yang telah diracik dan ditumbuk. Masak sehingga naik bau wangi.

2) Masukkan air sedikit sahaja dahulu, kalau rasa kurang boleh tambah kemudian. Masukkan kentang, tunggu sehingga kentang empuk.

3) Masukkan lobak merah, su un, fucuk, garam, lada hitam, lada sulah dan serbuk perasa.

4) Perlahankan api, masukkan telur 1 demi 1 secara perlahan2 dan dekat dengan permukaan air supaya kuning telur tak pecah.

5) Tunggu dalam 2 min kemudian besarkan api, biarkan seketika dan kacau perlahan2.

Boleh rasa dan tambah apa yang rasa perlu ditambah.

                                             SEDIA UNTUK DIHIDANG!

MASAK LEMAK CILI API SOTONG @ GULAI SOTONG

Hi Assalamualaikum. Orang nogori kadang ada panggil masak lemak sotong atau gulai sotong. Tapi kat JB nie gulai tu kari pada diorang. Ke selama nie aku yang salah? Ahh sudah.

Masak lemak sotong nie ada dua versi, 1 versi ibu, 1 lagi versi nenda. Ibu kalau masak apa2 jenis masak lemak cili api, dia hanya akan guna bawang merah sahaja. Lain pula dengan nenda, bawang merah, bawang putih harus ada. Okay bukan harus tapi WAJIB ada, tak sedap kalau tak ada katanya.

For me? Ntah macam tak ada beza je buh bawang putih ke tidak. Hahah tekak apa nie tak boleh beza. Aduhai tekak. Tapi selalunya letak je bawang putih seulas, alah bukan rasa pun kan? Ntah

Okay bahan-bahan nak masak lemak cili api nie.

Ouh ye, lagi 1 ibu versi bandar pakai santan kotak WAJIB JENAMA KARA. Nenda pulak versi kampung pakai santan perah original. Kat sini ye boleh rasa beza dia santan kotak and perah. Santan perah semestinya lebih berlemak dan sedap. Santan kotak pulak yelah macam creamer santan. Tapi kita orang bandar kan, huhu pakai je lah santan kotak, nak simpan pun senang, standby dalam almari. maaf nek!

Maka ini adalah gabungan versi ibu dan nenda. Aci lah kan? Adil lagi saksama.

Bahan-bahannya :

10 ekor sotong
1 inch kunyit hidup * blend atau tumbuk halus
1 inch halia * blend atau tumbuk halus
4 biji bawang merah * blend atau tumbuk halus
2 biji bawang putih * blend atau tumbuk halus
10 biji cili api * blend atau tumbuk halus
1 kotak santan Kara
10 tangkai kacang buncis dipotong serong
1 batang serai ( diketuk )
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit.

Cara-cara nya :

1) Masukkan 1 kotak santan dan 1/2 @ 1 kotak air ke dalam periuk.

2) Masukkan bahan yang telah diblend atau tumbuk, serai, asam keping, serbuk kunyit dan garam.

3) Pastikan api perlahan atau sederhana dan sentiasa kacau supaya santan cantik dan tidak pecah minyak.

4) Biarkan seketika sehingga mengelegak dan masukkan kacang buncis & sotong.

5) SIAP!

Hahaha simple ke tak?

KAWAN UNTUK LAUK MASAK LEMAK SELALUNYA IKAN GORENG GARING2. BARU TERANGKAT UMPHHH GITU. CUBALAH!!

CEKODOK LABU AIR TANGAN IBU

Hi Assalamualaikum. Resepi kali nie resepi yang tak ramai pernah cuba makan mahupun masak.

Kalau masak rata2 yang mencuba mesti tertarik dan ramai tak pernah rasa.

Resepi nie ibu masak di awal 2008 ke begitu, bawak ke sekolah, kawan2 tak pernah merasa dan teruja gila sebab sedap. Kawan2 siap request suruh ibu masak lagi lain kali. Punyalah sedap, eleh mak2 nie masak apa pun semuanya sedap. pelik tapi benar. Nasi goreng kosong pun jadi sedap!

Cekodok nie sedap, manis lembut. sedap makan petang2 waktu hujan ke nak tengok tv ke. Sedar2 licin je nanti. Panas2 sedap, dah sejuk pun masih sedap. Tak faham kan? Ish!

Okay sukatan ampun maaf tiada, agak2 je boleh tak??? errrr

Bahan-bahan yang diperlukan :

1/2 biji Labu
1/4 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara memasak :

1) Kupas labu dan potong kecik2. Rebus labu sehingga empuk. Toskan air dan lenyekkan labu.

2) Sementara labu masih panas, masukkan gula, garam serbuk kunyit dan telur. Gaul sehingga gula sebati.

3) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Anggaran sesuai untuk jadi cekodok.

4) Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Api sederhana

5) Dengan mengunakan sudu, ambik adunan dan masukkan ke dalam kuali, goreng cekodok labu sehingga berwarna kekuningan dan sedikit garing.

6) Angkat dan toskan lebihan minyak.


p/s : MAAF LAH YE SUKATAN MAIN AGAK2 JE. NANTI KALAU KITA BUAT LAGI, KITA SUKAT BETUL2.


RESEPI SAMBAL SARDIN GORENG

Hi Assalamualaikum. Kali nie makan kegemaran, memang favorite gila2 tapi leceh nak buat sebab dapur mesti berkecah macam baru lepas berperang dengan tentera sardin.

Apa kawan bagi lauk nie ye? Urmm selalu makan lauk ini, dia je semata2. Tak pandang lauk lain dah. Alamak.

Kita tengok bahan2 dia dulu.

Bahan-bahan sambal sardin :

1 tin besar sardin jenama ayam brand
2 ulas bawang putih ( blend halus )
5 biji bawang merah ( blend halus )
1 inch halia ( blend halus )
2 biji bawang besar ( diracik )
1-2 biji kentang dikupas kulit dan dipotong halus
1 senduk cili kering yang telah diblend
1 batang serai diketuk hujungnya
Asam jawa, kalau tak ada asam jawa, boleh guna asam keping
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-cara memasak :

1) Toskan sardin dan asingkan kuahnya.

2) Panaskan 1 cawan minyak didalam kuali, tunggu sehingga minyak betul2 panas.

3) SEDIAKAN PERISAI ANDA ( PENUTUP KUALI )!!!

4) Dengan menggunakan api yang kecil, masukkan sardin di dalam kuali dan tutup cepat2. Kejap lagi dia meletup pum pam pum pam, habis merecik minyak merata tempat. Sebab tu lah kita cakap macam berperang dengan tentera sardin kalau nak buat resepi nie.

5) Agak2 dengar tak meletup2 lagi dah dalam kuali tu, TUTUP API DAHULU. Kemudian baru terbalikkan sardin dan buka api kecil untuk goreng bahagian sebelah dia pulak. Sambung sampai habis semua sardin digoreng.

6) Setelah sardin siap digoreng, goreng pula kentang sehingga garing @ masak dengan mengunakan minyak sardin tu je. Jimat tak perlu membazir.

7) Okay selesai goreng sardin and kentang, ketepikan mereka dan tapis lebihan minyak.

8) Kurangkan minyak didalam kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis pula.

9) Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah diblend. Tumis sehingga naik bau.

10) Masukkan cili kering yang telah diblend dan masak sehingga pecah minyak. Setelah sambal telah pecah minyak, masukkan serai dan air asam jawa sedikit atau asam keping.

11) Masukkan bawang besar yang telah dihiris dan masukkan kuah sardin. Masak seketika

12) Akhir sekali masukkan kentang dan sardin yang telah digoreng sebentar tadi.

13) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.


                                                     SEDIA UNTUK DIHIDANG!

RESEPI CHOCOLATE MOIST ( KUKUS ) VERSI EXPRESS

Hi, Assalamualaikum! Okay malam semalam dok kemas gerobok doremon, tengok banyak bahan buat kek nak expired tahun nie.

Laju2 buat kek terus pada pukul 11 malam okay. Berdarah mata. Nasib lah sekejap sahaja kek nya nak siap. Fuhh.

Kek nie dah pernah tulis resepi tapi kali nie ada sedikit derhaka dengan penambahan bahan dan pertukaran bahan. Yang nak tengok versi original klik SINI .

Bahan-bahan untuk Chocolate Cake

BAHAN BASAH

1 cawan gula pasir *
1 cawan susu segar dutchlady *
1 cawan susu pekat *
3 biji telur *
1 sudu kecil esen vanilla *
1 cawan minyak masak atau minyak jagung *

BAHAN KERING ( DIAYAK ) 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bicarbonate
1 sudu besar baking powder
1 cawan serbuk koko ( saya suka guna jenama Van Hauten )

BAHAN TAMBAHAN
1 cawan chocolate chip


Cara-cara untuk membuat Chocolate cake

Panaskan pengukus terlebih dahulu sehingga air mendidih

1) Masukkan kesemua ( Bahan Basah ) yang bertanda * ke dalam bekas dan whisk sehingga gula hancur atau sehingga sebati. 

2) Ayak/tapis ( Bahan Kering ) tepung gandum, serbuk koko dan soda bicarbonate terlebih dahulu. 

3) Campurkan bahan Bahan Kering sedikit demi sedikit ke dalam Bahan Basah dan gaulkan sehingga sebati.

4) Masukkan pula chocolate chip dan gaul sehingga sekata.

5) Lapik loyang dengan kertas minyak dan oleskan sedikit butter/mentega.

6) Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang.

7) Kukus adunan tadi dalam 1 jam atau 1 jam 1/2 atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar@sederhana.

Tips : BUNGKUS PENUTUP DENGAN KAIN/TUDUNG LAMA2 YANG BERSIH SUPAYA AIR WAP TAK MENITIK DAN KENA PADA PERMUKAAN KEK.

Check kek dengan cara cucuk kek menggunakan pencungkil gigi yang bersih.

Kalau tiada kesan melekat pada pencungkil gigi maka dah masak lah jawapan nya. Dah boleh buat topping pulak.

Sementara nak tunggu chocolate topping siap, saya letak kek depan kipas supaya cepat sejuk! Hahaha nak cepat kan.

Jap sebelum tu saya ada bakar almond flakes jugak untuk hiasan.

1 bungkus kecik almond flakes
dulang atau tray
oven suhu 170ºc
bakar dalam 30min 
kena rajin check dan selak2 almond flakes supaya masak sekata.
rasa agak2 dah ranggup boleh keluarkan dari oven dan sejukkan.

Bahan-bahan untuk Chocolate topping

1/2 cawan susu segar dutchlady
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar mentega/marjerin
4-5 blok coklat masakan jenama Beryl's

Kita guna kaedah Double Boiling ye, apa tu Double Boiling? Boleh GOOGLE kalau nak lebih faham or tahu. Tapi kita expalin jugak lah ye.

1) Kita letak air dalam periuk dan letak apa2 bekas/mangkuk kaca atas periuk berisis air tadi.

2) Kemudian masukkan lah kesemua bahan2 ke dalam bekas/mangkuk kaca. Iye betul masukkan aje semua dan tunggu cair.

3) Pastu kacau2 dia untuk pastikan blok coklat masakan tu dah betul2 cair.

4) Boleh lah tuang ke atas kek coklat kita tadi dan hias dengan Almond atau coklat rice. Terpulang pada diri masing2 ye.

                                                        KEK DAH SIAP!

p/s: Waktu mula buat adunan kek 11 malam malam, masa start kukus 11.10 malam, siap kukus dalam 12 malam. Cepat ke idok?? Express kan? Kan dah kata express. tu lah tak percaya.

MEE HOON @ BIHUN GORENG PUTIH / ALA SINGAPORE

Hi Assalamualaikum, aci tak kalau terus ke resepi, Bukan ada orang baca saya membebel pun. syok sendiri aih!

Mee hoon nie ibu saya selalu masak bila bulan puasa. Tapi resepi dia harus ada udang besar gemok2, sebab cik noh suka. Apa nak tabur dalam nie ikut masing2 lah ye. Nie versi saya, versi bajet haha sebab udang mahal ye di bandar nie.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 bungkus bihun ( saya suka jenama jasmine ) rendam dalam 15min atau sehingga lembut

2 labu bawang putih * tumbuk

4-5 biji cili padi * tumbuk

3 keping fishcake yang dipotong halus dan goreng
2 biji telur goreng asing seperti scramble egg

sedikit ayam dipotong kecil2, untuk buat rencah

1 batang lobak merah dipotong memanjang

sayur sawi@pak choy, asingkan batang dan daun

1 sudu teh garam

1 sudu teh serbuk perasa

1/2 sudu teh lada sulah

1/2 sudu teh lada hitam

Cara-cara memasak:

1) Rendam bihun anda selama 15-30min atau sehingga lembut.

2) Goreng asing terlebih dahulu fish cake dan telur kemudian ketepikan.

3) Panaskan minyak didalam kuali, gunakan api kecil@sederhana dan masukkan bawang putih dan cili api yang telah *ditumbuk . Bawang putih senang hangus, kalau hangus tak sedap rasa dia nanti.

4) Sebelum bawang putih kekuningan, masukkan ayam dan masak seketika untuk bagi ayam masak.

5 ) Kemudian masukkan batang sawi@pak choy, masak seketika. Selepas itu masukkan pula sayur sawi@ pak choy dan lobak merah anda.

6) Anda boleh masukkan garam, serbuk perasa, lada hitam dan lada sulah. Kacau sehingga rata.

7) Masukkan bihun yang telah pun lembut dan gaul rata. Masukkan sedikit air jika perlu.

8) Akhir sekali, boleh masukkan fish cake dan telur yang telah pun kita goreng.

9) Sedia untuk dihidang dan dimakan.

p/s: Lagi sedap makan kalau ada sambal kicap.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, 19 July 2019

CARA SUKAT GUNA CAWAN / SUDU / OUNS / LITTER

Hi Assalamualikum.

Selalu kan resepi2 nie guna sukatan air. kadang2 yang kita taktahu la, contoh 2/3, 3/4, pening ek?

Saya ada jumpa 1 web site nie. Alhamdulillah bagus dan jelas ye yang dia tulis. mana berminat boleh tengok.

Kat bawah kita sertakan link dia ye?
http://dish.allrecipes.com/commonly-used-measurements-equivalents/

RESEPI SAMBAL TELUR REBUS GORENG NENDA

Hi Assalamualaikum. Hari nie mood tak berapa nak baik. Tak rasa nak bercakap banyak2. terus ke resepi je ye.

Resepi nie kalau makan memang sekali 2 biji telur hadap. Kawan untuk resepi nie selalunya kobis masak lemak putih. Sedap ye makan dgn nasi panas2.

Bahan-bahan yang diperlukan:

5 biji bawah merah ( kecik ) *blend
2 ulas bawang putih *blend
Sedikit belacan atau segenggam ikan bilis yang direndam air panas kalau anda allergic belacan *blend
1 1/2 senduk cili kering yang telah direbus *blend
7 biji telur
1/3 cawan santan
1/4 cawan air asam jawa
2 biji bawang besar ( diracik )
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara memasak:

1) Rebus telur sehingga masak. Kupas kulit telur dan goreng telur rebus didalam kuali sehingga kekuningan. Tos dan ketepikan

2) Kurangkan minyak didalam kuali, tinggalkan sedikit minyak untuk menumis.

3) Tumis bahan2 yang telah diblend tadi. Kacau sehingga sambal pecah minyak ( Tips: kena guna minyak banyak sedikit kalau nak sambal pecah minyak )

4) Masukkan air asam jawa, dan kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit untuk pastikan amount santan itu sesuai dengan jumlah sambal, agak2 dah cukup tak perlu tambah santan lagi. Masak sebentar sehingga kering sedikit. Kalau nak cair tambah air.

5) Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa mengikut selera masing2.

6) Masukkan bawang besar yang telah diracik.

7) Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah kita goreng di awal nya.

SELAMAT MENCUBA!

UPSIDE DOWN PINEAPPLE CAKE

Hi Assalamualaikum! Ha ambik kau, waktu rajin, banyak resepi terhasil dalam masa seminggu nie.

Kejadian nak buat UPSIDE DOWN PINEAPPLE CAKE nie macam biasalah asyik teringin je padahal tak pernah makan! Over eh tekak nie, Biasa dia tu amboii.

So nak dijadikan cerita hari raya kan mestilah pergi beraya, Saya pergi beraya ke Kota Tinggi, Johor. Rumah kak fatimah, maknya si anak panda eh silap sorry maknya si fayyadh rizqi. Heheh. Laluan nak ke rumah kak fatimah nie memang akan ada 1 rumah jual nenas MD2. Manis lit2 dan murah lah. Tapi saya and AJ bagaikan kena sumpahan, kalau saja2 datang nak cari nenas memang kedai tu tak bukak, kalau datang kota nak jumpa si kak fatimah eh bukak pulak kedainya. Sabar je aku, bila nak habis ntah sumpahan nie. Hahaha

Nie contact number kedai tu kalau ada yang berminat. 
NOI 013-7973131 
ROSLEE 019-7953369 ( benih MD2 & tempahan nenas morris & N36)

Lokasi: Rumah dan ada khemah di kawasan bukit. Tepi jalan sebelum sampai Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor. 
Agak tersorok kalau bawak laju macam kereta F1 memang tak kan nampak lah. Yang akan nampak hanya jalan ke liang lahad je.

So kembali kepada gediknya diri nie nak kek nenas terbalik sebab selalu tengok mat saleh makan, macam sedap je. Macam biasa kalau resepi pastry & cake mat saleh nie memang aku cuba ANNA OLSEN punya je. Dia memang paling pakar bab pastry and bakeri. Tapi kali nie aku ada tiru sikit2 je. Pastu olah sendiri. Kalau nak tengok cara dia buat nie dekat sini 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Untuk bahagian bawah:

1/4 cawan butter, suhu bilik
1/2 cawan gula perang
2 sudu besar jus lemon
5-7 keping nenas ( dipotong bulat seperti ring, buang bahagian tengah )
kalau jumpa nenas ring dalam tin pun boleh guna, saya tak jumpa, tu pakai nenas biji je
5-7 biji ceri merah, letak di bahagian tengah lubang nenas. dan hias dimana2 tempat yang ada kosong.

Cara-cara untuk membuat bahagian bawah kek:

1) Cairkan butter dan gula perang di dalam kuali dengan menggunakan api yang kecik sehingga berbuih.

2) Masukkan jus lemon, kacau dan jauhkan kuali dari api.

3) Tuang adunan ke dalam loyang dan susun nenas yang telah dipotong bulat secara sebelah menyebelah dan susun juga buah ceri di dalam lubang nenas serta dimana2 ruang kosong, ikut suka anda..

PANASKAN OVEN PADA SUHU 160ºc-175ºc. ANDA LEBIH MENGENALI OVEN ANDA.

Untuk adunan kek:

1 1/2 cawan tepung serbaguna
2 sudu besar butter cair *whisk
1/2 susu segar *whisk
1 sudu kecil esen vanilla *whisk
3 biji telur gred B *whisk
1/2 cawan minyak masak *whisk
1/2 sudu kecil garam *ayak
3/4 cawan gula castor *ayak
1 sudu teh baking powder  *ayak
1/4 sudu teh baking soda *ayak
1 cawan nenas dipotong dadu
2 sudu besar jus nenas

Cara-cara membuat adunan kek:


1) Masukkan bahan basah yang bertanda *whisk dan kacau sehingga sebati.

2) Dalam bekas yang lain, ayak bahan kering yang bertanda *ayak

3) Masukkan bahan kering (2) ke dalam campuran bahan basah (1) dan gaul sehingga sekata.

4) Masukkan nenas yang telah dipotong dadu serta sedikit air nenas dalam 2  sudu besar. Kacau sehingga semua bahan sebati.

5) Dengan menggunakan senduk, senduk adunan kek dan letakkan secara perlahan-lahan didalam loyang yang telah berisi nenas dan gula hangus sebentar tadi. Guna senduk supaya nenas tak bergerak ketika masukkan adunan kek.

6) Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar dalam 30min-40min. 

7) Untuk memastikan kek telah masak atau tidak, cucuk di tengah2 kek dengan mengunakan pencungkil gigi yang bersih. Kalau lepas ditarik keluar pencungkil gigi dan tiada kek melekat pada pencungkil gigi maknanya kek kita telah masak sepenuhnya.

8) Biarkan kek untuk sejuk didalam oven selama 15min atau 30min.

9) Keluarkan kek dari oven dan longgarkan bahagian tepi kek dengan lalukan pisau untuk elakkan kek melekat sewaktu hendak terbaliknya kek.

10) Ambil pinggan dan letakkan di atas loyang. Masa untuk terbalikkan kek!

11) Ketuk2 sedikit bahagian bawah loyang jika kek anda tak mahu keluar.

12) Sedia untuk dihidang, saya suka makan bersama aiskrim vanilla. Memang umppphhhh

SELAMAT MENCUBA!

p/s: resepi paling susah untuk di explain padahal nak buat senang je pun! Terbalik otak nak fikir cara nak cakap. Maaf lah ye kalau pening. Sila rujuk video ANNA OLSEN nie. Memang ohsemmmm kek nie taw!



Wednesday, 17 July 2019

CHOCOLATE COOKIES ala SUBWAY / BISKUT COKLAT

Hi! Assalamualaikum. Okay soalan siapa sini pernah rasa cookies/biskut dekat kedai subway. Alaaaa kedai subway tu yang jual sandwich tu lah. Kalau sesiapa pernah rasa mesti tahu cookies dia punya sedap nak mati hokeyhhhh! RANGUP DILUAR, LEMBUT DIDALAM. It is to die for! gituhhhh.

Nak dijadikan cerita dah seminggu kita ngidam nak makan benda manis2 macam cookies tapi tak puas makan 1 je. Ada je lalu subway banyak kali tapi malas sungguh nak singgah beli. So nekad buat sendiri lah. Berkat kegigihan google resepi bagai, akhirnya jumpa di youtube ANNA OLSON buat cookies ala2 subway nie. Ehhh Anna Olson nie dulu masa kita sekolah menengah hari2 tengok rancangan dia dekat tv astro channel 703 Bake With Anna Olson. Sampai 3 4 pagi tengok kalau waktu cuti sekolah lah. Kalau bukan waktu cuti ada yang kena baling dengan remote tv nanti.

So macam mana nak buat biskut ala subway nie? Jom tengok bahan & cara dia.

Bahan-bahannya:

1/2 cawan butter, pakai yang unsalted punya, brand Lurpak @ Anchor @ SCS ( suhu bilik )
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
1 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/4 cawan tepung serbaguna @ tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
2 cawan coklat chip
1 cawan coklat bar yang telah dipotong dadu ( ikut suka )

Cara-caranya:


1) Gaulkan butter, gula perang dan gula castor sehingga menjadi tekstur seperti creamy atau sehingga sebati.

2) Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul sehinga sekata.

3) Dalam bekas yang berlainan, ayak tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan garam. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter sebentar tadi. Gaul sehingga sekata.

4) Masukkan coklat chip & coklat bar ( ikut suka ) ke dalam adunan. Dan gaul sehingga sekata.

5) Dengan menggunakan scoop aiskrim yang bersaiz kecil atau sudu ( anggaran 2 sudu besar ), bulatkan adunan cookies menjadi seperti bola seperti saiz bola ping pong.

4) Letak adunan cookies yang telah dibentuk sebentar tadi di dulang atau pinggan. masukkan ke dalam peti ais untuk sejukkan adunan selama 1 jam. ( waktu nie adunan kelihatan sedikit cair sebab itu perlu dibekukan untuk dia kekalkan bentuk bulat dan masak dengan cantik nanti )

5) Boleh simpan lebihan adunan cookies ke dalam peti beku kalau nak makan di hari lain, cuma perlu keluarkan sebentar, letak pada suhu bilik untuk adunan cookies lembu dan sedia untuk di bakar dalam oven.

6) Panaskan oven pada suhu 160ºc-170ºc, anda lebih kenal oven anda.

7) Alaskan dulang dengan kertas minyak. Susun adunan cookies di dulang dan pastikan ada jarak dalam 3 jari untuk setiap adunan cookies. Sebab cookies akan mengembang sewaktu dibakar. jadi untuk mengelakkan dia melekat antara satu sama lain, kena pastikan ada jarak untuk setiap adunan cookies.

8) Bakar dalam masa 15-20min atau sehingga keliling cookies sudah bertukar menjadi warna perang.

9) Biarkan cookies di dalam dulang sehingga sejuk sepenuhnya barulah dipindahkan ke bekas kedap udara. Kalau ambik waktu panas tu dia masih lembut, nanti cookies pecah.



SELAMAT MENCUBA!



RESEPI SERAWA DURIAN / BUBUR DURIAN / PENGAT DURIAN

Hi assalamualaikum! Good Morning everybody! Hari nie sesudah subuh start masak pulut & serawa durian/bubur durian.

Tadi dah story mory pasal cara nak masak pulut gereti berjaya. kalau sesiap nak tengok resepi pulut tekan sini ye.

Dah story pasal pulut, kita story pasal serawa durian nie pulak. Alamak terlalu mudah nak buat resepi nie sebenarnya, budak dulu2 cakap KACANG JE NIE. So kita tengok lah dulu senang ke idok.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji Durian
Sedikit garam
200 ml santan ( 1 kotak )
200ml air ( sukatan 1 kotak santan )
Daun pandan yang disimpul
Sagu yang telah direbus terlebih dahulu ( ikut suka ) pastikan sagu jernih sepenuhnya baru lah sagu dikira sebagai masak
Gula merah ( diracik halus ) * Buat air gula
1 @ 2 sudu besar gula pasir * Buat air gula
Sedikit air * Buat air gula
Daun pandan yang disimpul * Buat air gula
1 sudu besar tepung gandum + sedikit air ( untuk pekatkan kuah )

Cara-cara membuat air gula :

1) Masukkan kesemua yang bertanda * Buat air gula ke dalam kuali dan masak sehingga gula merah cair sepenuhnya.

2) Pastikan api kecik/sederhana sahaja, takut hangus pula nanti jadi pahit.

3) Setelah gula cair sepenuhnya, tapis dan ketepikan.

Cara-cara membuat serawa durian:

1) Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Durian, santan, air, garam, daun pandan & air gula.

2) Biarkan mengelegak seketika, Dan masukkan campuran tepung gandum bersama sedikit air untuk memekatkan kuah serawa.

3) Akhir sekali boleh masukkan sagu yag telah direbus sehingga masak terlebih dahulu.

4) Rasa dan jika semuanya okay boleh dihidang sewaktu sejuk mahupun panas.

Mudah kan? Dalam 20min je kot settle buat serawa durian. Ada masa terluang boleh menjala roti untuk buat roti jala pula, pada yang rajin lah.

SELAMAT MENJAMU SELERA!


CARA MASAK PULUT PUTIH ANTI GAGAL

Hi assalamualaikum! Good Morning everybody! Hari nie sesudah subuh start masak pulut & serawa durian/bubur durian.

Ceritanya sejak bulan lepas terasa nak makan pulut & bubur durian, biasalah bila dah musim raja buah nie selalu nenek akan buat bubur atau orang negeri macam panggil pengat durian. ye ke tidak kita pun taktahu, nama pun gadisnogoricelup. I/c je 05 bahasa nogori suku je tahu. adui sedih!

Maka kita pun mula lah teringin nak makan. hmm macam macam hari2 je ada teringin nak makan, pastu bila berat naik ngomel. Gitu lah gamaknya, jangan berani niat nak berdiet, mula lah nafsu makan membuak2 bagai dirasuk.

Bila dah ada serawa durian mesti lah kawan baik dia si pulut ataupun si roti gardenia atau si roti jala tu mkan? Tu yang bersungguh nak masak pulut walaupun tak reti. Hahah

So nie first time ever okay kita nak cuba masak pulut. Dan ini adalah cubaan kedua selepas cubaan pertama gagal! Dia jadi bubur pulut, selembut hatiku. Cubaan pertama saya cuba kukus dan letak air+santan bagai. Sekali GAGAL! Taktahu dimana silap, mungkin terlebih air. Al-maklum lah baru firtttt time kan. Maaf lah ye. heheh

Cubaan kedua nie kita cuba cara lain dan alhamdullilah menjadi. Nak tahu ke macam mana caranya? Elelelele nak lah tu kankan. Okay jom kita tengok, Bismillah dan selamat berjaya guys.

Bahan-bahan yang diperlukan: ( sukatan ikut berapa banyak nak dimakan )
Ini adalah sukatan untuk 1-2 orang

1 cawan beras pulut
2 cawan air ( tak ada sukatan pun sebenarnya, asalkan lebih dari pulut )
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Daun pandan disimpulkan
Rice cooker @ Pengukus ( bergantung kepada kuantiti pulut yang anda hendak masak )
Periuk
Dapur gas

* TAK PERLU RENDAM PULUT, CUKUP SEKADAR BASUH DAN BILAS SEKALI SAHAJA.

Cara-caranya:

PROSES 1 ( REBUS PULUT )

1) Masukkan beras pulut, air, garam, minyak & daun pandan ke dalam periuk dan masak di atas dapur gas.

2) Rebus sehingga mendidih air. TAK PERLU LAMA2, SEKEJAP JE, nanti kalau jadi bubur kita taktahu aiyokk.

3) Buang air didalam periuk tadi, tinggalkan beras pulut dan daun pandan sahaja.

PROSES 2 ( KUKUS @ GUNA RICE COOKER )

Sedikit pesanan : Kalau pulut sedikit sebagusnya Kukus sahaja & Kalau pulut dalam kuantiti banyak boleh gunakan Rice Cooker@Pengukus. Sebab bila guna Rice Cooker, bahagian bawah akan berkerak sama macam kita masak nasi putih biasa tu.

1) Salin beras pulut ke dalam rice cooker @ loyang untuk dikukus. Masukkan sekali daun pandan tadi

2) TAK PERLU DILETAKKAN AIR LAGI.

3) Boleh gemburkan2 pulut selepas 10min dalam rice cooker @ pengukus.

4) Biarkan masak dalam 20min atau sehingga pulut masak.



SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MENJAMU SELERA!

KALAU TAK BERJAYA JANGAN PUTUS ASA! CUBA LAGI SAMPAI BERJAYA!

Tuesday, 16 July 2019

ROTI PURI AIR TANGAN IBU

Hi, Assalamualaikum. Banyak resepi tergendala nampaknya. Banyak sungguh dekat draft. HAHAH

So semalam kebetulan teringin nak makan kacang pool, nanti saya masukkan reseipinya disini ye. Bahan2 kacang pool yang tahan bertahun2 dah beli lama dah, buatnya je baru semalam. Cuma roti nya je tak ada sebab kang beli awal2 expired pulak, so sifat malas nak ke kedai tu fuhhh tak boleh dimaafkan walhal sekangkang kera je jarak kedai and rumah. tapi bila acik MALAS bagi salam, memang tak ada makna nya jarak dekat atau jauh tu lagi,

Maka fikir punya fikir, ermmm roti puri mungkin sesuai juga buat cicah kacang pool. Boleh nie boleh, tepung semua ada. Roti puri nie lah roti paling mudah dan sedap dimakan panas2.

Nie adalah resepi ibu saya, sesimple boleh resepinya, Ibu memang, banyak resepi dia simple2 je tapi hasil cukup lemak manis anak2nya. hahahah. Cukup la bercerita, mari kita tengok apa bahan2 nak buat roti puri semudah abc nie.

Bahan-bahannya: (tiada sukatan)
Tepung gandum
Mentega/Marjerin
Air kosong + Susu pekat + Garam
Minyak masak


Cara-caranya:


1) Masukkan tepung gandum, tiada sukatan, agak2 berapa banyak atau sikit anda nak buat.

2) Renjiskan sedikit minyak masak pada tepung.

3) Masukkan mentega dan gaul rata.

4) Masukkan air susu pekat yang telah dibancuh.

5) Uli seperti menguli roti canai dan sehingga tak melekat pada tangan.

6) Boleh rehatkan sekejap atau terus goreng pun boleh.

Cara-cara mengoreng:


1) Panaskan kuali dengan minyak yang banyak. BANYAK

2) Canai doh senipis boleh.

3) PASTIKAN KUALI BETUL2 PANAS atau nanti roti puri tak naik cantik.

4) Masukkan doh yang dah dicanai ke dalam kuali.

5) Simbah2 minyak panas ke atas doh, jangan terkejut tengok roti tu membulat atau kembang, betul lah tu roti puri harus buncit baru lah roti puri namanya.

6) Cukup sekadar kekuningan dan boleh angkat dan toskan.

Selamat menjamu selera!
Sedap dimakan begitu sahaja atau dengan kuah kari, gulai, masak lemak and kacang pool jugak! yummehhhh

RESEPI KACANG POOL

Hi, Assalamualaikum. Pertama sekali mohon semua luangkan masa sedekahan Al-Fatihah buat Puan Noraliza Binti Said yang telah meninggal dunia petang semalam setelah bertarung dengan sel kanser.
Al-Fatihah.

Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan, yang telah pergi, tugas dia di dunia telah pun selesai, tinggal kita untuk mengikuti jejak langkah mereka kelak.

Kita terus skip ke bahan2 lah ye.

Bahan-bahan untuk kuah:
1 tin kacang foul brand Kimball (contoh disini)
1 tin kacang merah
Daging kisar @ Daging burger yang diramas ( sukatan ikut suka, tapi banyak lah sedap )
12 biji bawang merah  * kisar halus
5 ulas bawang putih  * kisar halus
1 inch halia * kisar halus
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh lada hitam * tumbuk halus
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
1 liter air

Bahan-bahan untuk hiasan:
Bawang besar, dipotong dadu
Tomato, dipotong dadu
Limau nipis, dibelah dua
Cili hijau/merah, dipotong ( bagi yang suka )
Telur mata kerbau digoreng dengan minyak sapi

Cara-cara membuat kacang pool:

1) Tapiskan kacang foul dan kacang merah, buang air kacang tersebut dan cuci kacang dengan lalukan air sahaja.

2) Lenyekkan kacang foul dan kacang merah tapi jangan sampai lumat, cukup sekadar pecah2kan sahaja kacangnya.

3) Didalam bekas lain, masukkan rempah kari, kurma, serbuk ketumbar dan sedikit air, kacau sehingga menjadi seperti pes.

4) Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi tunggu sehingga minyak sapi cair. Tumis bahan2 kisar sehingga naik bau wangi.

5) Masukkan pes rempah dan kacau sehingga naik minyak/pecah minyak. Pastikan api kecil dan kacau sentiasa.

6) Bila dah pecah minyak, boleh masukkan daging cincang dan kacau rata. Masak dalam 5minit, Boleh masukkan sedikit air jika perlu. ( Untuk cepatkan proses daging masak )

7) Tuang air ke dalam periuk, Biarkan mendidih

8) Masukkan kacang foul dan kacang merah, kacau rata dan biarkan mendidih.

9) Perasakan dengan garam, gula, lada hitam, lada sulah, serbuk perasa secukup rasa pada anda. Biarkan seketika sehingga mendidih.

10) Jika suka kuah cair tambah kan sedikit lagi air. Jika suka kuah pekat, keringkan sedikit lagi. Jika semuanya dah okay boleh matikan api.

Cara menghidang:

1) Hiaskan dengan bawang, tomato, dan telur goreng.
2) Perah limau nipis.
3) Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti putih atau dengan roti puri, disini ada resepi roti puri.

Selamat menjamu selera!

Saturday, 25 May 2019

KUIH KOCI LABU LEMBUT GEBU BER INTI KAN KELAPA PARUT MANIS

Hi Assalamualaikum!

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini, saya teringin sangat nak makan KUIH KOCI LABU. Selalu makan neksu saya masakkan tapi almaklumlah saya sorang2 di selatan, keluarga semua di seberang selatan. Maka kita masak lah sendiri, siapa suruh teringin dan tak rasa nak beli bazaar ye dak?

Sebelum kita teruskan, saya nak bagitahu sesuatu, jujur saya rasa kuih ini agak leceh kalau buat seorang diri, bagusnya kalau ada yang membantu.

Bahan-bahan ( boleh dapat dalam 40 ke 50 biji )

Untuk Inti Kelapa

1 1/2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula melaka
1/4 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2-3 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
1 sudu besar tepung gandum

Saya prefer guna kuali non-stick.
1) Pastikan api tak terlalu besar. Masukkan gula melaka, gula pasir & air, kacau sehingga gula cair.
2) Masukkan pula daun pandan dan biar seketika.
3) Perlahankan api dan masukkan kelapa parut, kacau sehingga kelapa jadi kering dan melekat/melekit. Masukkan air sedikit jika perlu dan keringkan semula.
4) Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
5) Masak sehingga kering dan biarkan sejuk.
6) Setelah inti sejuk, bulatkan inti sebesar guli. Ketepikan

Untuk Doh

2 cawan labu direbus dan dilenyekkan
3 cawan tepung pulut ( 3 gajah ) boleh tambah tepung jika perlu
Secubit garam

1) Rebus labu dengan sedikit garam sehingga empuk ( cucuk labu dengan garfu nak tahu dah masak atau belum ).
2) Tos dan lenyekkan labu sehingga lumat serta masukkan sedikit garam.
3) Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangan.
4) Bulatkan doh sebesar duit 50sen, leperkan doh dan letak inti kelapa di tengah kemudian katup doh, kemaskan dan bulatkan semula.
5) Ketepikan.

Untuk Santan

2 kotak santan jenama kara
1 1/2 cawan air ukur guna kotak santan tadi
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil garam

1) Masak kesemua bahan di atas dengan api yang perlahan. Kacau sehingga sebati.
2) Kacau sesekali sehingga timbul buih2 kecil di permukaan santan atau mendidih sedikit.
3) Tutup api dan biarkan sejuk.
4) Masukkan doh yang telah berinti kedalam santan.
5) Ketepikan.

Untuk Bungkusan

Daun pisang
Minyak masak

1) Lap bersih daun pisang terlebih dahulu dengan kain lembap.
2) Layurkan daun pisang di atas api. Hati2 sewaktu melakukan kerja ini, panas.
3) Potong daun pisang dalam bentuk petak anggaran size 8 inch x 8 inch.
4) Sapukan sedikit minyak di permukaan daun pisang yang bakal diletakkan Kuih Koci.
5) Letakkan doh yang bersantan serta 1 sudu kecil santan di tengah2 daun pisang yang bersalut minyak tadi.
6) Kepitkan bahagian hujung daun pisang dari kiri daun ke kanan kemudian pusingkan ke bawah. Kemaskan.
7 ) Ulang proses yang sama untuk bahagian yang sebelah lagi.

Cara Kukus

1) Biarkan air sehingga mendidih terlebih dahulu.
2) Susun Kuih Koci dalam pengukus.
3) Ikat kain pada penutup pengukus untuk mengelakkan air kena kuih.
4) Kukus dalam 30min atau sehingga masak.
5) Setelah masak, angkat, sejukkan dan boleh dimakan.

KALAU DAUN PISANG TAK CUKUP JANGAN PENING2, TUKAR JE JADI KUIH BADAK BERENDAM. 
1) Rebus doh berinti kelapa sehingga masak, toskan dan masukkan ke dalam santan.
2) Sedia untuk dimakan.

Friday, 8 March 2019

ROTI JOHN MENGGUNAKAN ROTI PETAK GARDENIA

Hi Assalamualaikum salam jumaat. Selalu tiap2 jumaat akan cuba prepare lunch untuk diri sendiri dan juga AJ.
Dekat rumah ada roti WHOLEMEAL dalam 10 keping, esoknya nak expired dah. Kepala ligat mikir apa nak buat dengan roti nie, nak buat puding roti mcm tak sesuai sebab dia wholemeal kan. Fikir punya fikir kita buat ROTI JOHN lah. Sebabnya masa yang ada untuk masak hanya 1 jam waktu lunch office, rasa macam itu lah paling sempat nak buat. AJ mintak nak macam menu jumaat minggu lepas ( roti bakar, cheese slice, telur scramble & sosej ) tapi saya pulak yang muak. Kita improvise sikit lah ye? Lagipun favorite makanan gerai burger AJ adalah ROTI JOHN. Hohoho

CARA-CARA BUAT ROTI JOHN PETAK 

Bahan-bahan yang diperlukan

Untuk INTI
* Sukatan adalah tak tentu, boleh tambah or kurangkan ikut berapa banyak anda nak buat. Ini sukatan untuk 10 keping roti

Daging/Ayam cincang ( lebih banyak lebih sedap )
1 biji bawang besar ( potong dadu )
1 biji bawang putih ( potong dadu )
1 biji cili padi ( dibuang biji )
Broccoli ( potong kecik2 ) ikut suka nak letak atau tak
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
Lada hitam
Lada sulah / Lada putih
Garam
1 sudu kecil minyak bijan
1/4 cawan Air
Telur 3-4 biji ( tengok kuantiti bahan2 anda )

Untuk ROTI

Roti
Marjerin/Butter/Mentega
Cheese slice ( kerat 2 )

CARA-CARA MEMASAK

1) Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih & cili padi hingga perang atau naik bau wangi.

2) Masukkan daging/ayam cincang, serbuk kari, garam, lada hitam, lada sulah & minyak bijan. Masukkan jugak sedikit air, nak bagi rempah tu sebati baru lah umphhh.

3) Bila daging/ayam dah masak, masukkan broccoli dan tutup api.

4) Dalam bekas, pecahkan telur & kacau serta perasakan dengan garam sedikit, takmau banyak2 kat daging/ayam tadi dah letak. Dan masukkan daging/ayam yang kita dah masak tadi. Ketepikan dia. Kita buat roti pulak.

5) Bakar roti guna pembakar roti dan kerat dua jangan sampai putus, nie nak mudahkan kita lipat dia nanti, kemudian letak butter dan panggang@layur atas kuali. Leceh? heheeh ikut selera masing2 ye taknak bakar ke taknak panggang ke, Nie cara saya sebab butternya keras tadi. itu lah cara nak cairkan butter atas roti, panggang balik atas kuali. 😝

6) Guna kuali leper saya prefer non stick pan. Masukkan sedikit minyak atau mentega/butter/marjerin dan masukkan sesenduk INTI daign/ayam tadi ( pastikan inti lebar dari roti ye ).

7) Letak cheese slice atas telur dan letakkan roti di atas cheese dan telur. Tunggu sehingga telur masak baru terbalikkan roti dan garingkan bahagian luar roti pula.

8) Lipat roti ikut line roti yang kita dah belah tadi.

9) Siap dan boleh dihidang dengan sayur kobis serta cili sos.

Alhamdulliah settle makanan tengahari. Tepat2 sejam jugak nak buatnya, yelah masa tu lah baru nak potong bawang bagai.

Bekalkan lebih untuk AJ bawak ke pejabat, dapat juga si AJ jamu kawan2 sepejabatnya, syukurlah  tekak semua orang boleh terima & sedap pada mereka. Pelik juga mereka awal2 sebab ROTI JOHN PAKAI ROTI PETAK GARDENIA. Hehe

p/s: Para ibu boleh cuba idea nie untuk bekal anak/suami/diri sendiri. Nak improvise letak sosej potong kecik2 pun boleh no hal lah. Kita yang buat dia. Hehehehe

Tuesday, 5 February 2019

RESEPI CHOCOLATE MOIST ( KUKUS ) GERENTI SEDAP

Hi korang! Assalamualaikum. Selamat menyambut tahun baru cina bagi yang menyambut dan selamat bercuti kepada yang lain. Cuti2 ni kemanalah? Kita stay rumah je tak kemana2 sebab cutinya dua hari sahaja. Sadisssss. Huhuh. Apa-apa pun sentiasa lah memandu dengan berhati2, ingatilah nyawa sendiri dan orang yang tersayang.

Untuk harinie kita nak kongsi resepi Chocolate Moist versi kukus. Alang2 kejap lagi nak membuatnya sebab ada yang teringin pulak. Tak tak bukan AJ yang mengidam guys bukan, Nie si adik sorang dekat rumah nie ha, dari minggu lepas dia duk sebut2 setiap hari. Sampaikan waktu kita tidur pun macam boleh terdengar lagi suara dia duk sebut nak Chocolate Moist, Chocolate Moist!! Sherammmmm.

Resepi nie resepi Kak Fizah ( isteri pakcik kita ), kak fizah nie segala benda dia masak semuanya menjadi & sedap! Rajin dan cantik pulak tu. K dia tak baca kot blog kita nie. Kalau baca mesti kembang semangkuk dia tu. Hahaha.

Jom kita tengok bahan-bahan serta cara nak buat dia ye. Zasssss layan.

Bahan-bahan untuk Chocolate Cake

1 cawan gula pasir *
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair *
1 cawan susu pekat *
1 cawan serbuk koko ( saya suka guna jenama Van Hauten )
1 cawan minyak masak atau minyak jagung *
1 sudu besar soda bicarbonate
3 biji telur *
1 sudu kecil esen vanilla *

Cara-cara untuk membuat Chocolate cake

1) Masukkan kesemua bahan yang bertanda * ke dalam bekas dan whisk sehingga gula hancur atau sehingga sebati. ( Bahan Basah )

2) Ayak/tapis tepung gandum, serbuk koko dan soda bicarbonate terlebih dahulu. ( Bahan Kering )

3) Campurkan bahan Bahan Kering sedikit demi sedikit ke dalam Bahan Basah dan gaulkan sehingga sebati.

4) Lapik loyang dengan kertas minyak dan oleskan sedikit butter/mentega.

5) Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang.

5) Panaskan pengukus terlebih dahulu sehingga air mendidih ( gunakan api besar ) dan kukus adunan tadi dalam 1 jam atau 1 jam 1/2 atau sehingga masak dengan menggunakan api yang kecik sahaja.

Tips : BUNGKUS PENUTUP DENGAN KAIN/TUDUNG LAMA2 YANG BERSIH SUPAYA AIR WAP TAK MENITIK DAN KENA PADA PERMUKAAN KEK.

Check kek dengan cara cucuk kek menggunakan pencungkil gigi yang bersih. Jangan guna pencungkil gigi yang anda dah cungkil2 gigi pulak.Aiyooo pitam nanti.

Kalau tiada kesan melekat pada pencungkil gigi maka dah masak lah jawapan nya. Dah boleh buat Chocolate untuk topping pulak.

Tunggu kek agak sejuk dan boleh keluar letak di atas para untuk sejuk sepenuhnya.

Untuk Chocolate topping nie takde sukatan pun sebenarnya, ikut tekak masing2 tapi tak apa lah kita tulis apa yang kita buat ye.

Bahan-bahan untuk Chocolate topping

1/2 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat * optional
1 sudu besar gula pasir * optional
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar mentega/marjerin
2-3 blok coklat masakan

Kita guna kaedah Double Boiling ye, apa tu Double Boiling? Boleh GOOGLE kalau nak lebih faham or tahu. Tapi kita expalin jugak lah ye.

1) Kita letak air dalam periuk dan letak apa2 bekas/mangkuk kaca atas periuk berisis air tadi.

2) Kemudian masukkan lah kesemua bahan2 ke dalam bekas/mangkuk kaca. Iye betul masukkan aje semua dan tunggu cair.

3) Pastu kacau2 dia untuk pastikan blok coklat masakan tu dah betul2 cair.

4) Boleh lah tuang ke atas kek coklat kita tadi dan hias dengan Almond atau coklat rice. Terpulang pada diri masing2 ye.

Kek sedia untuk dimakan!!!!!

Selamat mencuba untuk yang nak mencuba, sesungguhnya resepi nie sap sap sui je dah siap. Tapi walaupun dia mudah dan simple memang ramai peminat kek nie. tak pernah menghampakan lagi lah. Hehehe Thank You Kak Fizah untuk resepi senang yang amat nie. Love You lah!

* GAMBAR AKAN DIUPLOAD PADA KEMUDIAN HARI.