Hi Assalamualaikum, aci tak kalau terus ke resepi, Bukan ada orang baca saya membebel pun. syok sendiri aih!
Mee hoon nie ibu saya selalu masak bila bulan puasa. Tapi resepi dia harus ada udang besar gemok2, sebab cik noh suka. Apa nak tabur dalam nie ikut masing2 lah ye. Nie versi saya, versi bajet haha sebab udang mahal ye di bandar nie.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 bungkus bihun ( saya suka jenama jasmine ) rendam dalam 15min atau sehingga lembut
2 labu bawang putih * tumbuk
4-5 biji cili padi * tumbuk
3 keping fishcake yang dipotong halus dan goreng
2 biji telur goreng asing seperti scramble egg
sedikit ayam dipotong kecil2, untuk buat rencah
1 batang lobak merah dipotong memanjang
sayur sawi@pak choy, asingkan batang dan daun
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh lada hitam
Cara-cara memasak:
1) Rendam bihun anda selama 15-30min atau sehingga lembut.
2) Goreng asing terlebih dahulu fish cake dan telur kemudian ketepikan.
3) Panaskan minyak didalam kuali, gunakan api kecil@sederhana dan masukkan bawang putih dan cili api yang telah *ditumbuk . Bawang putih senang hangus, kalau hangus tak sedap rasa dia nanti.
4) Sebelum bawang putih kekuningan, masukkan ayam dan masak seketika untuk bagi ayam masak.
5 ) Kemudian masukkan batang sawi@pak choy, masak seketika. Selepas itu masukkan pula sayur sawi@ pak choy dan lobak merah anda.
6) Anda boleh masukkan garam, serbuk perasa, lada hitam dan lada sulah. Kacau sehingga rata.
7) Masukkan bihun yang telah pun lembut dan gaul rata. Masukkan sedikit air jika perlu.
8) Akhir sekali, boleh masukkan fish cake dan telur yang telah pun kita goreng.
9) Sedia untuk dihidang dan dimakan.
p/s: Lagi sedap makan kalau ada sambal kicap.
SELAMAT MENCUBA!

No comments:
Post a Comment